KHAMIS, 19 DISEMBER – Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS), Fauziah Halim berkesempatan berkongsi pengalaman dan inspirasi beliau dalam menceburi bidang kerjaya sebagai jurutera dalam industri pembinaan projek lebuh raya dalam satu program bersama pelajar tahun dua program Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan (FKJ) di tapak pembinaan projek lebuhraya Pan Borneo (Pakej 27 – Dari Kg. Lot M ke Sandakan Mile 32) baru-baru ini.
Fauziah yang merupakan graduan Kejuruteraan Awam tahun 2012 kini merupakan jurutera QA/QC di syarikat Sri Jutaya Sdn. Bhd. yang terlibat dengan pembinaan projek lebuh raya Pan Borneo.
Dalam perkongsiannya, beliau menjelaskan terdapat perbezaan di antara elemen 3D (Difficult, Dangerous, Dirty) bagi projek lebuh raya dengan projek bangunan.
“Amat penting untuk memahami konsep dan perbezaan 3D antara jenis pembinaan yang ada di luar.
“Tugas-tugas dalam 3D juga sangat penting untuk memastikan keselamatan diri dan orang sekeliling dalam keadaan selamat,” katanya.
Menurut Fauziah lagi, kedudukan beliau sebagai seorang jurutera wanita bukanlah satu halangan malahan merupakan satu kelebihan untuk bekerja dalam bidang pembinaan.
“Pelajar tidak perlu khuatir kerana jurutera wanita telah banyak memasuki bidang kejuruteraan dan sangatlah sinonim dengan kejayaan sebagai seorang jurutera yang bersifat berdaya saing.
“Anda hanya perlu tingkatkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi selain daripada cemerlang dalam akademik untuk bersaing dengan keluaran universiti lain,” katanya sambil menegaskan bahawa jurutera wanita juga boleh menjadi pemangkin pembangunan negara.
Dalam pada itu, pensyarah FKJ, Sr. Asmawan Mohd Sarman berkata pengetahuan berkaitan projek pembinaan lebuh raya dalam program ini sangat bermanfaat kerana lebuh raya adalah sebahagian daripada elemen kejuruteraan awam dan mempunyai kelainan tersendiri seperti persekitaran kerja yang berbeza daripada projek pembinaan bangunan.
“Daripada program ini juga pelajar dapat sedikit sebanyak mempersiapkan diri untuk menjadi seorang jurutera dalam bidang lebuh raya sebagai kerjaya pada masa hadapan,” ujar Asmawan.
Program yang diadakan itu melibatkan seramai 61 pelajar tahun dua FKJ.



WEDNESDAY, 18 DECEMBER - A group of 85 Universiti Malaysia Sabah (UMS) students of the Public Speaking Class under the Centre for Co-Curriculum and Student Development (PKPP) visited ‘Sekolah Dalam Hospital’ (SDH), Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS), Likas recently as part of their Corporate Social Responsibility Programme under UMS Siswa-Siswi Prihatin (UMS-SPRINT).
RABU, 18 DISEMBER - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut sama menjayakan Majlis Berkhatan Beramai-ramai yang telah diadakan di Jabatan Pesakit Luar, Hospital Pitas baru-baru ini.
SELASA, 17 DISEMBER – Negara Malaysia mempunyai potensi besar sebagai sebuah negara maritim dari aspek perkembangan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.
SELASA, 17 DISEMBER - Seramai 25 peserta terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, dan Pegawai Pengurusan dan Profesional Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah mengikuti retreat Pelan Strategik Tahun 2020 anjuran fakulti itu bertempat di Mesilou, Kundasang, baru-baru ini.