Oleh Salbinous Saribun

bendera merdeka UMSRABU, 03 OGOS - Kehangatan sambutan Bulan Kebangsaan kian dirasai walaupun bulan Ogos baru sahaja memasuki hari ketiga.

Di Universiti Malaysia Sabah (UMS), sambutan disemarakkan dengan pemasangan bendera gergasi Jalur Gemilang dan negeri Sabah di pintu gerbang universiti.

Hasil tinjauan media UMS mendapati bendera kemegahan negara dan kebanggaan negeri Sabah itu juga dipasang pada tiang-tiang sekitar jalan-jalan utama universiti seperti Jalan Perdana Puncak Ilmu, Jalan Samudera dan Jalan Canselor.

Kibaran bendera itu turut dilihat dipasang pada pagar-pagar kampus.

Beberapa kenderaan warga kampus UMS turut dilihat dilengkapi dengan bendera Malaysia sebagai tanda semangat patriotisme terhadap negara yang menyambut Hari Kebangsaan 2015 pada 31 Ogos ini.

Bahagian Media dan Citra

Oleh Sainah Mustakim

kursus haji2015ISNIN, 03 OGOS –  Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi terpilih sebagai lokasi penganjuran Kursus Perdana Haji Musim Haji 1436H/2015M Peringkat Negeri Sabah (Zon Pantai Barat) yang berakhir kelmarin di Masjid UMS.

Kursus selama dua hari itu disempurnakan Yang Di-Pertua Negeri Sabah merangkap Pro Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tun (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin.

Dalam ucapannya beliau mengingatkan bakal haji Malaysia agar menjaga nama baik negara ini yang sering mendapat pujian Kerajaan Arab Saudi sebagai jemaah haji yang mempunyai akhlak terpuji dan berdisiplin.

“Tujuan Kursus Perdana Haji ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang bakal-bakal haji menjalankan amali ibadat haji dan umrah dengan tertib dan betul serta dapat memberi gambaran sebenar semasa berada di Tanah Suci nanti, syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan Tabung Haji yang telah melaksanakan tanggungjawab sebaik-baiknya,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Tabung Haji, Haji Ahmad Sohaimi Dato’ Abd. Rahim ketika ditemui media turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak UMS atas kerjasama dan komitmen yang baik dalam menyediakan tempat dan kemudahan logistik kepada hampir 350 peserta bakal haji.

Turut hadir pada majlis itu, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Mohd. Ariffin Haji Mohd. Arif; Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah dan Pengarah Tabung Haji Negeri Sabah, Datin Hajah Nurlaila Haji Said. -SM-

Bahagian Media dan Citra
Foto: Martubat Jamlan, BPK

Oleh Salbinous Saribun

Jaciah bola sabahISNIN, 03 OGOS - Seorang kakitangan wanita Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi antara nadi utama skuad bola sepak Sabah yang membenam pasukan Negeri Sembilan 16-0 pada aksi perlawanan pertama Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah di Selangor.

Jaciah Jumilis, seorang anggota Keselamatan universiti ketika dihubungi media UMS melahirkan rasa bangga atas kejayaan pasukan itu sambil menyatakan tekad untuk terus mengekalkan momentum semangat yang tinggi bersama rakan-rakan sepasukan.

“Kami akan berusaha  untuk menang setiap perlawanan dan meraih gelaran juara untuk memastikan Sabah terus mendominasi sukan bola sepak wanita negara,” ujarnya yang bersemangat dalam mengharumkan nama UMS.

Beliau yang juga pemain skuad kebangsaan negara turut menyumbat dua jaringan cantik pada aksi perlawanan yang bermula pukul 4.45 petang itu.

Kejohanan tersebut berlangsung selama tujuh hari sehingga Sabtu ini.

Bahagian Media dan Citra

KesumbaOpenHse31.07.15FRIDAY, 31 JULY – The Housewives and Women Staff Club (KESUMBA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) today organised its Aidilfitri Open House for its club members, in conjunction with the Hari Raya Aidilfitri.

More than 100 club members attended the open house, which was held at Teratak KESUMBA.

The open house fostered a harmonious relationship among its members made up of academic and non-academic staff.

The club also invited the Presidents and EXCO members of other associations in UMS; PERISAI, PPUMS and KEKAUMAS.

Among the Principal Officers of UMS who attended the open house were the Vice-Chancellor, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah; Acting Bursar, Zallifah Shaadan and Chief Librarian, Dyg Rukiah Awg Amit. – FL

Media and Citra Division

tctp2015JUMAAT, 31 JULAI – Seramai 17 orang peserta dari 10 negara ketiga seperti Kemboja, Tanzania, Botswana, dan Vietnam bakal menyertai program pembangunan Mampan Pemuliharaan Ekosistem dan Biodiversiti  menerusi Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) 2015 yang akan bermula pada 6 Ogos ini.

Program tahunan anjuran bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui  Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) dan Kerajaan Negeri Sabah tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran kepada para peserta terdiri daripada pegawai kerajaan negara masing-masing berkenaan aspek pemuliharaan biodiversiti.

Pengarah IBTP UMS, Prof. Dr. Charles S Vairappan berkata, program itu penting untuk dianjurkan secara berterusan dalam meningkatkan kesedaran menangani isu pemuliharaan biodiversiti secara global berikutan perubahan negara yang semakin membangun pesat. 

“Penganjuran program ini perlu kerana wujudnya peningkatan kegiatan pemuliharaan biodiversiti dan ekosistem unik yang terdapat di negeri ini untuk dikongsi kepada peserta dari negara lain.

“Ini adalah selaras dengan tujuan membangunkan dasar biodiversiti negara sebagai pusat kemajuan penyelidikan, pemuliharaan serta penggunaan teratur melalui kepelbagaian biologi tropika menjelang tahun 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Bilik Seminar Utama IBTP baru-baru ini.

Menurutnya lagi, UMS sering menjadi  satu contoh baik bagi aspek pemuliharaan biodiversiti oleh negara-negara membangun lain dalam menangani masalah alam sekitar di negara mereka.

Program TCTP 2015 melibatkan kerjasama antara ‘Japan International Cooperation Agency’ (JICA) dan kerajaan negeri melalui Pejabat Sumber Asli, Taman-taman Sabah, Pusat Biodiversiti Sabah, Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan Sabah. -MA

Foto: Johaidi Ismail

Bahagian Media dan Citra