iktiraf antarabangsaRABU, 27 MEI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menerima penghormatan apabila pensyarah Sains Sukan Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS, Dr. Mohamad Nizam Nazarudin terpilih sebagai penilai kursus Kejurulatihan Pengadil Ragbi Dunia Tahap 2 baru-baru ini.

Dr. Nizam berkata, kursus yang diadakan di Hong Kong itu menyaksikan beliau diberi tugasan menilai pengadil dari Singapura dan dua pembantu pengadil dari Jepun.

“Sesi penilaian itu berlangsung ketika mereka mengadili perlawanan ujian antara Hong Kong dan Korea Selatan,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media UMS.

Dr. Nizam merupakan Presiden Persatuan Ragbi Pengadil Sabah dan Naib Presiden Persatuan Ragbi Kota Kinabalu.

Antara pencapaian yang cukup membanggakan termasuklah menjadi satu-satunya pengadil dari Malaysia yang mempunyai tahap tertinggi dalam bidang kejurulatihan kepengadilan ragbi dan juga merupakan Educator Worlg Rugby yang boleh mengendali serta mengeluarkan sijil kepengadilan di peringkat antarabangsa. –SS


Bahagian Media dan Citra
Sumber: Sains Sukan, FPP

Yayasan Suria2RABU, 27 MEI - Seramai 25 ahli Permuafakatan Siswa Siswi Felda (Persada) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan program ‘Seerat Kasih, Semanis Senyuman’ di Rumah Yayasan Suria Tuaran, baru-baru ini.

Menurut Penasihat Persada UMS, Rohani Hadi, program tersebut diadakan bagi memberi kesedaran tentang kepentingan tanggungjawab sosial yang harus digalas setiap individu termasuk golongan siswa siswi.

“Program ini juga merupakan salah satu usaha untuk memupuk nilai kemasyarakatan dalam diri mahasiswa yang akan membentuk jati diri yang tinggi sekali gus membantu mereka dalam menempuhi dunia pekerjaan apabila tamat pengajian kelak,” ujarnya ketika dihubungi media.

Pada program itu, seramai 52 anak-anak Rumah Yayasan Suria berumur tujuh hingga 17 tahun juga berkesempatan mengikuti aktiviti seperti English Battleship dan sukaneka.

Tambah Rohani, UMS turut akan membantu dua penghuni Rumah Yayasan Suria, iaitu Aryati Jasni dan Razimah Raji untuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan November depan.  

“Pada program itu, satu sesi motivasi juga diadakan kepada penghuni Yayasan Suria yang disampaikan Ketua Seranta (FELDA) Negeri Sabah, Asmarah Rikun,” jelasnya yang juga Penolong Pendaftar di Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Terdahulu, Pegawai Yayasan Suria, Nur Maleena Abdullah turut menyampaikan rasa terharu atas kehadiran rombongan Persada UMS yang disifatkannya sebagai satu sokongan yang dapat menyuntik semangat penghuni di rumah kebajikan tersebut untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. –ZMD

Bahagian Media dan Citra
Sumber: HEP


Lentara Pengisahan wakil Sabah MsiaSELASA, 26 MEI - Kumpulan Lantera Bayu Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mewakili Sabah ke Pertandingan Pengisahan Kebangsaan 2015 pada bulan September depan.

Menurut penyelaras kumpulan, Rohani Hadi, Lantera Bayu terpilih selepas memberikan aksi terbaik pada Pertandingan Pengisahan Kenegaraan peringkat negeri yang dianjurkan Jabatan Penerangan di Bangunan Wisma Dang Bandang pada Ahad.

“Dalam pertandingan itu, sebanyak enam kumpulan yang berentap mewakili setiap Zon yang mana Lantera Bayu mewakili Pantai Barat Selatan,” ujarnya ketika dihubungi media. 

Membawakan tema ‘Seniman Sudirman Tiada Gantinya’ katanya, persembahan kumpulan tersebut berjaya memukau emosi para penonton yang hadir.

“Para penonton berdiri sambil bertepuk tangan selepas kumpulan itu selesai menyampaikan kisah suka duka dan pencapaian Allayarham Seniman Sudirman dalam mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Dalam pada itu, jurulatih Lantera Bayu, Fandyi Sanizan turut berbangga dengan pencapaian itu dan menyifatkannya sebagai hasil daripada komitmen dan kesungguhan tinggi daripada semua ahli kumpulan. 

Jelasnya, beliau akan berusaha untuk melihat sebarang ruang yang boleh ditambahbaik terutama yang berkaitan dengan mutu persembahan.

“Kita mahu agar kumpulan ini mampu memberikan saingan sengit sekali gus mengharumkan nama UMS di peringkat kebangsaan nanti,” ujarnya yang juga alumni UMS yang pernah membawa universiti juara pertandingan sama pada 2014.

Lantera Bayu pada pertandingan tersebut diwakili Mujahid Halpi, Abdul Manan, Rishi Maran Subramaniam dan Zainal Zainudin. –SS


Bahagian Media dan Citra
Sumber: HEP

Masak2MONDAY, 25 MAY – Members of the Housewives and Women Staff Club (KESUMBA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) led by its President, Datin Baidah Ibrahim took some time off from their gotong-royong programme to attend a one-day cooking and baking demonstration by Giat Mara trainees in a programme organised by the Child Development Centre (PPKK) UMS, recently.

On hand to receive the delegation was the Assistant Registrar of PPKK, Rohani Abdullah.

According to Rohani, PPKK made use of their Saturdays to organise courses or workshops related to their work especially for their staff to improve their knowledge and skills in childcare.

“Every month, two Saturdays are dedicated to courses and workshops for our staff where they will also collect MyCPD points individually. The courses or workshops among others include childcare handling, fire drill and cooking demonstration,” she said.

Last week, trainees from Giat Mara Malaysia held a cooking and baking demonstration for staff of PPKK and members of KESUMBA, on invitation by PPKK. The trainees were Alvin Majuna and Mohammad Danel Ahmad who were ‘incubators’ or entrepreneurs and assisted by a trainee, Azis Ismail.

Amongst some of the dishes taught were Daging Masak Malvari, Ikan Masak Sos Thai, Ayam Masak Tauchu, Apam Balik, Bingka Pandan and Kuih Bahulu. – FL


Photo: Suzeanywati Gasinin


Media and Citra Division
 

Kaamatan PPIBSELASA, 26 MEI - Sambutan Bulan Pesta Kaamatan di Sabah terus disemarakkan dengan penganjuran perayaan itu di pelbagai tempat dan daerah.

Di Universiti Malaysia Sabah (UMS), sambutan itu dimeriahkan lagi melalui penganjuran Karnival Kaamatan oleh Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) yang bermula kelmarin.

Berlangsung selama empat hari, pelbagai acara menarik menjadi pengisian pada karnival yang bertempat di perkarangan bangunan PPIB.

Antara yang menarik perhatian termasuklah persembahan artis tempatan dan pertandingan Sugandoi iaitu pertandingan nyanyian yang menjadi salah satu acara pada setiap sambutan pesta Kaamatan.

Majlis Perasmiannya disempurnakan Dekan PPIB, Profesor Dr. Vincent Pang.

Dalam ucapannya beliau yang segak memakai pakaian tradisi suku Kadazandusun berkata, program seumpama itu amat penting dalam memelihara warisan  tradisi secara turun temurun.

Justeru, beliau mengalakkan penganjuran program seumpama itu agar diteruskan pada masa-masa akan datang. –SS


Foto: Ramdan Nain 
Bahagian Media dan Citra