- Jumlah paparan: 3154
HUMS jalin kerjasama MoU dengan HiSAR Hospital Intercontinental Istanbul Turkiye

ISTANBUL, TURKIYE - Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) melakarkan sejarah apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama HiSAR Hospital Intercontinental Istanbul Turkiye yang memfokuskan tenaga pakar HUMS serta kajian dan inovasi bidang kesihatan.
Majlis yang berlangsung di sini pada Isnin (8 Mei 2023) menyaksikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor dan Pendaftar, Luqman Ridha Anwar; manakala HiSAR diwakili Pengurus Besar, Emir Kavak dan Ketua Pakar Perubatan merangkap Ahli Lembaga Eksekutif Hisar Hospital, Prof. Madya Dr. Hilmi Aksoy.
Majlis itu turut disaksikan Yang di-Pertua Negeri Sabah merangkap Canselor UMS, Tun Dr. Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan isteri, Datuk Seri Pangima Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni.
Menurut Dr. Kasim, kerjasama MoU itu akan berkuatkuasa selama tiga tahun.
“Ia merupakan salah satu usaha UMS untuk meningkatkan lagi kepakaran profesional tenaga pakar perubatan HUMS.
“Ini bagi memastikan HUMS dapat memberikan perkhidmatan pada tahap kelas pertama dan bertaraf antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata, antara lain kandungan MoU adalah tenaga profesional HUMS akan menjalani program mobiliti di HiSAR Hospital, selain kedua-dua hospital akan menjalankan projek penyelidikan bersama dalam bidang perubatan.
“HUMS dan HiSAR juga akan mengadakan lain-lain kerjasama yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa mengikut persetujuan bersama oleh kedua belah pihak,” jelas Dr. Kasim.
Hadir sama, Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, dan Ahli Lembaga Pengarah UMS, Samasuddin Hj. Yusop



Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah Kota Belud dalam penganjuran Program Pendidikan Awam Bencana Alam di daerah Kota Belud pada 19 Ogos depan.
THE HAGUE, NETHERLAND - Delegasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diketuai oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor telah mengadakan perbincangan dua hala bersama Duta Besar Malaysia ke Belanda, PYT Datuk Nadzirah Osman, di Pejabat Kedutaan Malaysia di The Hague, baru-baru ini.
Sekumpulan lapan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dihantar untuk latihan industri dalam bidang akuakultur di Jepun.
NOTWILL, SWITZERLAND: Universiti Malaysia Sabah (UMS) has signed a collaborative agreement with Swiss Paraplegic Research (SPF) to conduct research studies on spinal cord injuries.