| JUMAAT, 26 JUN – Lebih 100 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang juga terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) menghadiri Program Sahur dan Iftar bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Profesor Madya Dr. Ismail Ali baru-baru ini. Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar terutamanya pada bulan Ramadan. Selain itu, program itu juga dilihat dapat merapatkan lagi ukhwah antara pelajar dan pemimpin dengan kehadiran felo-felo kolej kediaman dan beberapa pegawai UMS. Bagi pelajar Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Asmah Kadir, pengalaman bersahur bersama Profesor Madya Dr. Ismail Ali dan warga kolej pasti memberi kenangan manis buat beliau Program Sahur yang diadakan di Kolej Kediaman Tun Fuad bermula pukul 3.30 pagi turut dihadiri oleh Pengetua Kolej tersebut, Dr Puteri Hayati Megat Ahmad. Turut diadakan pada hari yang sama, Majlis Iftar bersama Profesor Madya Dr. Ismail Ali bertempat di Anjung Siswa. Sumber: Norhana Nordin Foto: Jakmas |



TUESDAY, 30 JUNE – More than 100 students from Universiti Malaysia Sabah (UMS) comprising members of the Student Representatives Council (MPP) and Students Welfare Committee (JAKMAS) attended the Sahur and Iftar with the Deputy Vice-Chancellor Student Affairs and Alumni UMS, Associate Professor Dr. Ismail Ali, recently.
MONDAY, 29 JUNE –The Vice-Chancellor of Universiti Malaysia Sabah (UMS), Professor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah called on all heads of departments or supervisors to always monitor the development projects implemented by UMS.
FRIDAY, 26 JUNE – The Head of Corporate Relations Division, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Azmi Jumat was elected as President of the Association of Management and Professional Officers Non-Academic (PPUMS) with effect from yesterday.