- Jumlah paparan: 1716
SANREM 2017 Platform Bincang Potensi Sumber Asli, Pengurusan Alam Sekitar Asia Tenggara
RABU, 6 DISEMBER – Persidangan Sumber Asli dan Pengurusan Alam Sekitar Asia Tenggara (SANREM) 2017 mampu menjadi platform bagi mengupas isu potensi sumber asli dan pengurusan alam sekitar di kawasan Asia Tenggara.
Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, seminar tersebut yang mengumpulkan saintis, penyelidik, ahli akademik dan pelajar dari beberapa negara adalah medan terbaik bagi membincangkan dan berkongsi penemuan penyelidikan mereka dalam pelbagai bidang berkaitan.
“Ini adalah satu usaha penting dalam memberi peluang kepada para pakar dan ahli akademik serta pembuat dasar dan orang awam untuk berkongsi pengalaman mereka dalam mencari pendekatan terbaik menangani isu berkaitan alam sekitar.
“Pada masa ini kita menghadapi kesan peningkatan tahap kemusnahan alam sekitar dan ancaman terhadap kehidupan manusia serta ekosistem,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian persidangan tersebut, yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI, Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.
Beliau menambah, pihak MOSTI akan terus memainkan peranan sebagai salah satu kementerian yang menyokong dan menggalakkan pertumbuhan sains, teknologi dan inovasi, serta komited dalam mengekalkan dan meneruskan kecemerlangan alam sekitar yang baik.
Terdahulu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata persidangan SANREM Kali Keempat itu diharap mampu mencapai objektifnya sebagai medan perbincangan dan pertukaran serta perkongsian idea dan penemuan dalam kalangan peserta dari pelbagai latar belakang.
“Diharapkan juga persidangan ini mampu menanam semangat kecintaan terhadap warisan semula jadi, serta mewujudkan kesedaran terhadap keperluan untuk melindungi sumber asli dan alam sekitar yanng masih tidak tercemar,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Penolong Naib Canselor, Prof. Dr. Marcus Jopony.
Bertemakan ‘Pembangunan Kelestarian Ke Arah Kualiti Hidup Yang Lebih Baik’, persidangan dua hari itu mengumpulkan lebih 60 peserta dari dalam dan luar negara, antaranya dari Nigeria, Thailand, Indonesia, Australia, Bangladesh dan India.



SELASA, 06 DISEMBER – Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Malaysia Sabah (UMS) anjuran Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) pagi tadi disambut meriah bermula dengan perhimpunan dari dataran Dewan Canselor yang kemudiannya berarak menuju ke Masjid UMS.
SELASA, 5 DISEMBER - Penyelidikan bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya menghasilkan Rumah Komuniti yang dibina di Kampung Blok 31, Jalan Bukit Quion, Tawau menggunakan ‘Interlocking Brick Construction (IBC) System’ dengan peruntukan geran penyelidikan Translational Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bernilai RM1 juta.
SELASA, 5 DISEMBER - Seramai 55 orang ahli Kelab Rexus Kolej Kediaman Excellent, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terdiri daripada pelajar tahun 1 dan 2 menjayakan program ‘White Water Rafting Kelab Rexus 2017’ di Sungai Kiulu, Tamparuli, Sabah baru-baru ini.