SELASA, 28 NOVEMBER - Kesatuan Eropah (EU) sentiasa membuka ruang kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) terutama dalam aspek penyelidikan dan pembangunan pelajar.
Perkara itu dinyatakan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Maria Castillo Fernandez ketika berucap sempena lawatan delegasi tersebut ke universiti itu kelmarin.
Bertempat di Dewan Bankuasi Bangunan Dewan Canselor UMS, beliau berkata, kerjasama yang boleh diadakan adalah seperti pertukaran pelajar dan tenaga pengajar dengan universiti-universiti yang terdapat di Eropah.
“Kita juga mempunyai geran penyelidikan yang boleh membantu para penyelidik dalam penyelidikan yang bersesuaian yang boleh dimanfaatkan bersama.
“Selain itu, kita juga mempunyai program tajaan untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Eropah,” katanya.
Terdahulu, Pemangku Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Mail dalam ucapannya turut mengalu-alukan kehadiran rombongan EU ke Malaysia kerana telah memilih UMS sebagai salah satu destinasi.
Katanya, kejayaan sesebuah universiti itu sememangnya ditunjangi oleh jalinan hubungan dengan masyarakat.
“Hubungan yang dimaksudkan ini adalah meliputi jalinan dengan masyarakat antarabangsa termasuk dengan Kesatuan Eropah.
“Justeru, adalah menjadi satu kebanggaan bagi kami di UMS untuk terus mengadakan hubungan yang baik dengan EU,” jelasnya.
Menurut Prof. Dr. Rasid, sebagai sebuah universiti yang bertekad cemerlang, UMS tidak akan pernah berhenti untuk melangkah maju ke hadapan.
“Untuk kekal memacu kecemerlangan ini, UMS akan terus memperkukuh dan mengadakan pelbagai jalinan kerjasama dengan institusi akademik di seluruh dunia,” tambahnya lagi.
Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin turut berkesempatan hadir bagi meluangkan masa bersama delegasi EU ke Malaysia yang disertai 12 ahlinya.



ISNIN, 27 NOVEMBER – Seramai 44 kanak-kanak lelaki berusia enam hingga 13 tahun diraikan dalam Majlis Khatan Perdana Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diadakan di Pusat Rawatan Warga UMS kelmarin.
ISNIN, 25 NOVEMBER - Kumpulan Amici Terrae (Friends of Earth) berjaya mengadakan ‘Program Melestarikan Fakulti’ yang diadakan di Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.
JUMAAT, 24 NOVEMBER - Buat kali keempat, Medical Emergency Response Team, Universiti Malaysia Sabah (MERT-UMS) di bawah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dengan kerjasama Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS (UMS 4WDVC) telah dijemput oleh Sabah Four Wheel Drive Association (SFWDA) untuk terlibat sama dalam Borneo Safari International Off-road Challenge 2017 bertempat di daerah Papar, Sabah baru-baru ini.
JUMAAT, 24 NOVEMBER – Majlis Anugerah Pascasiswazah (MAP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2017 yang berlangsung di Klagan Hotel baru-baru ini menjadi wadah dalam mengiktiraf beberapa graduan sarjana dan doktor falsafah yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.