JUMAAT, 10 NOVEMBER – Perkongsian pengetahuan dan hasil penyelidikan dalam bidang Sains, Matematik, dan Teknologi Pendidikan (SMTE) penting dalam mempersiapkan generasi muda khususnya terhadap cabaran-cabaran yang akan mendatang.
Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, pengetahuan dalam bidang SMTE mampu membantu golongan belia terutama dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.
“Sumbangan pendidik dan penyelidik adalah aspek utama dalam menghasilkan generasi muda yang berpengetahuan serta mahir untuk meningkatkan ekonomi negara.
“Saya percaya perkongsian pengetahuan, hasil penyelidikan dan amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bidang SMTE khususnya akan membantu kita membuat keputusan yang tepat dalam menghadapi cabaran serta merebut peluang yang terdapat di sekeliling dalam era Revolusi Industri 4.0 ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian yang disampaikan oleh Pemangku Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Rasid Mail sempena Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Sains, Matematik, dan Teknologi Pendidikan (SMTEC) Kali Ke-9 di Dewan Resital, UMS.
Ujar beliau, persidangan SMTEC yang dianjurkan UMS dengan kerjasama Curtin University, Australia adalah platform terbaik dalam menyumbang ke arah menyokong inisiatif untuk peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang SMTE.
Bertemakan ‘Mengukuhkan Sains, Matematik, dan Teknologi Pendidikan Untuk Generasi Masa Depan’, persidangan tersebut dihadiri oleh 120 peserta dengan 68 kertas kerja dibentangkan.
Persidangan tersebut berlangsung selama lima hari dan berakhir hari ini.



JUMAAT, 10 NOVEMBER – Cuaca hujan pada acara pelepasan Larian Konvo Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak mematahkan semangat lebih 250 orang peserta yang memeriahkan acara larian tersebut baru-baru ini.
THURSDAY, 9 NOVEMBER - Much to the surprise of the first year students participating in the Fun-tastic race at UMS on Saturday, 4 November, learning English tenses and parts of speech actually turned out to be ‘good fun’. The students were all from UB00102 Communicative English Grammar, a foundation English course offered by the Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning (CPKLL).
KHAMIS, 9 NOVEMBER - Seramai 135 peserta menghadiri Persidangan Antarabangsa Transformasi Sosial, Komuniti dan Pembangunan Lestari 2017 (ICSTCSD) yang dianjurkan oleh Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) kelmarin.
KHAMIS, 09 NOVEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini bagi kerjasama dalam beberapa bidang termasuklah berkaitan pembangunan kampus pintar.