KHAMIS, 23 NOVEMBER – Seramai 42 pelajar Kursus Kokurikulum Pengurusan Organisasi Pelajar Seksyen 5, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Program Pasca UPSR yang bertemakan “Jom Buka Minda” di Sekolah Kebangsaan (SK) Tebobon, Kota Kinabalu baru-baru ini.
Pengarah Program, Thein Soon Loi berkata, Program Pasca UPSR itu adalah bertujuan untuk memberi perkongsian dan pendedahan awal kepada murid tahun 6 SK Tebobon mengenai alam persekolahan sekolah menengah.
“Program tersebut berlangsung dari pukul 7.30 pagi hingga 3.30 petang dan dihadiri seramai 45 pelajar dari sekolah rendah ini.
“Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan seperti senamrobik, perkongsian pengalaman dan ilmu mengenai alam sekolah menengah, pendedahan mengenai kes buli dalam sekolah, latihan dalam kumpulan yang diiringi oleh ahli-ahli Kursus Pengurusan Organisasi Pelajar serta aktiviti ‘Polar Bear’,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Thein, aktiviti-aktiviti itu dijalankan bagi menerapkan amalan kerjasama dalam kalangan murid sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama mahasiswa dalam Kursus Pengurusan Organisasi Pelajar Seksyen 5 dengan murid-murid SK Tebobon.
“Kita mengharapkan agar program ini dapat menjadi titik tolak untuk murid-murid membuat persediaan sebelum melangkah ke peringkat sekolah menengah pada tahun hadapan,” tambahnya.
Hadir sama Pensyarah Kursus Pengurusan Organisasi Pelajar Seksyen 5, Mohd. Hilmey Saili dan Penolong Kanan Kokurikulum SK Tebobon, Ag. Idris Sulaiman.



KHAMIS, 23 NOVEMBER – Jaringan kerjasama antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mampu menyumbang kepada pembangunan belia di Malaysia khususnya di negeri Sabah.
WEDNESDAY, 22 NOVEMBER –
SELASA, 21 NOVEMBER - Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini menganjurkan Bengkel Penulisan di Dewan Mini Karisma Tun Mustapha.
SELASA, 21 NOVEMBER – Seramai 31 ahli Kumpulan Acropora yang terdiri daripada mahasiswa tahun 3 Program Hubungan Antarabangsa, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan program ‘Turtle Conservation’ di ‘Stairway to Hope Learning Center’, Kampung Kalansanan, Inanam baru-baru ini.