SELASA, 22 OGOS - Seramai 30 kakitangan pengurusan dan pelaksana Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) mengadakan lawatan ke Muzium Perubatan Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.
Lawatan itu antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf fakulti tersebut terhadap bahan pameran yang terdapat dalam muzium berkenaan seperti model anatomi manusia yang diawet dengan teknik plantinasi, dan juga koleksi bahan pameran model anatomi dalam bentuk spesimen dan patung.
Selain itu, ia juga bagi memberikan kefahaman kepada staf FPSK tentang muzium tersebut agar mampu memberi penerangan kepada orang awam atau pelawat yang ingin mendapatkan maklumat lanjut sekali gus membantu mempromosi dan menyokong kepada usaha penjanaan yang kini giat dilaksanakan universiti.
Sesi penerangan terhadap rombongan pelawat telah dikendalikan Kurator Muzium Perubatan, Faranizah Taufick.
Hadir sama, Ketua Bahagian Pentadbiran FPSK, Hasmi Hashim; Ketua Sektor Pengurusan Sains, Johan Alexander; Penolong Pendaftar Kanan FPSK, Awang Jamaludin dan Ketua Penolong Pegawai Tadbir FPSK, Fauziah Ismail.
Untuk rekod, Muzium Perubatan yang ditubuhkan pada 14 April 2010 atas inspirasi mantan Dekan Pertama FPSK, Prof. Dr. Osman Ali, turut sering menerima lawatan dari sekolah-sekolah, institusi awam dan swasta serta orang ramai untuk merasakan sendiri pengalaman dan keunikan muzium tersebut.
Sumber: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan



TUESDAY, 22 AUGUST 2017 – The lone representative from Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jordan Irutheeyanathan would join his counterparts in Kuala Lumpur as part of a 4-member team representing Malaysia in the upcoming debate competition to be held in Bangkok, Thailand from 3-6 September 2017.
ISNIN, 21 OGOS – Program Selangkah ke Menara Gading (SEMEGA) 2017 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berakhir kelmarin di Dewan Kuliah Pusat ke-2 UMS, dengan penyertaan 185 pelajar dari 18 sekolah menengah seluruh Sabah.
ISNIN, 21 OGOS - Seramai 16 pensyarah Kursus Perbankan Islam dan Keusahawanan, Kolej Profesional Mara Bandar Melaka (KPMBM) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) baru-baru ini.
JUMAAT, 18 OGOS - Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) mengadakan Program Bicara Ilmu dan Khidmat Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau baru-baru ini.