SELASA, 15 OGOS – Pacific Rim Objective Measurement Symposium (PROMS) 2017 telah diadakan dengan jayanya baru-baru ini di Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Simposium yang dianjurkan dengan gabungan kerjasama UMS, Pacific Rim Objective Measurement Society, Metametrics dan Malaysia Rasch Chapter (myRasch) antara lain bertujuan sebagai medan perkongsian pengetahuan dan aplikasi model Rasch dalam komuniti antarabangsa selain menggalakkan pembentangan pelajar pascasiswazah dan pakar-pakar dalam bidang pengukuran.
Selain peserta dari negara Malaysia, 74 peserta simposium itu juga datang dari negara-negara luar seperti Indonesia, Australia, Singapura, Amerika Syarikat, Portugal, Thailand, Filipina, Macau, Hong Kong, China dan Jepun.
Pemberi ucaptama pada simposium itu ialah pakar dalam pengukuran iaitu Prof. Margaret Wu dari University of Melbourne, Prof. Robert Cavanagh dari University of Curtin Australia dan Dr. Mohd Zali Mohd Noh dari myRasch.
Sementara itu, Prof. Robert Cavanagh selaku pengerusi PROMS merakamkan setinggi penghargaan kepada UMS kerana sudi menyediakan kemudahan dan lokasi untuk mengadakan program simposium berkenaan.
Beliau juga sangat terharu dengan sokongan padu yang diberikan oleh bekas pelajar Ijazah Doktor Falasafah (PhD), pelajar semasa PhD dan pelajar sukarelawan dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) di bawah bimbingan Prof Dr. Vincent Pang dan Dr. Connie Ompok kerana bertungkus lumus untuk menjayakan simposium itu.
Katanya, kertas yang terpilih akan diterbitkan dalam Prosiding Persidangan PROMS oleh Springer-verlag.
Turut diadakan sempena persidangan itu ialah bengkel Introduction to Rasch Measurement Model oleh Prof. Trevor Bond dan Dr. Zali, serta bengkel Rasch Model Across the Human Science: Using Rasch Measures for Structural Equation Modelling oleh Dr. Ling Mei Teng dan Nor Irvoni Mohd. Ishar.
Sumber: Jaini Sapirai, Fakulti Psikologi dan Pendidikan



SELASA, 15 OGOS – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (CICN) dengan kerjasama United Nation Children Emergency Fund (UNICEF) telah mengadakan Bengkel Communication for Development (C4D) di Galeri Majlis UMS.
JUMAAT, 11 OGOS – Kumpulan Tahammas dari Jabatan Bendahari UMS sekali lagi melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas dalam pertandingan Konvensyen Team Excellent 2017 Zon Wilayah Sabah dan Sarawak yang berlangsung di Le Meridien, Kota Kinabalu.
KHAMIS, 10 OGOS – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Kejuruteraan (FKJ) telah membangunkan Sistem Purata Nilaian Gred Kumulatif Bersepadu (iCGPA) yang sedia untuk dilaksanakan pada sesi kemasukan pelajar baharu September 2017/2018 akan datang.
RABU, 9 OGOS – Lebih 100 peserta telah mengikuti kursus terbuka pengenalan kepada Malaysia Public Sector Accounting Standard (MPSAS) anjuran Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berlangsung kelmarin di Auditorium Pascasiswazah, UMS.