
SELASA, 18 JULAI – Acara kemuncak sambutan World Oceans & Coral Triangle Month (WOTCM) berlangsung meriah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Sabtu dengan kehadiran orang ramai yang tidak putus-putus bagi mengikuti setiap aktiviti yang diadakan.
Pelbagai acara menjadi tumpuan seperti 7KM Ocean Edu-Walk, car boot sale, face painting, buggy ride, pertandingan melukis dan kuiz.
Hari Terbuka Akuarium dan Muzium Marin UMS yang diadakan sempena WOTCM itu juga menerima kebanjiran orang awam sejak ia dibuka dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang.
Tinjauan media mendapati, rata-rata pengunjung hadir bersama keluarga masing-masing bagi menikmati cuti hujung minggu dengan sebaiknya.
WOTCM tersebut merupakan anjuran bersama Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) UMS, Pejabat Inisiatif Segitiga Terumbu Karang (CTI) Sabah dan Pusat Pengurusan Ecocampus UMS bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan laut dan hidupan marin.
Sambutan itu telah diadakan sejak 15 Jun lalu bagi menyokong inisiatif mengurangkan penggunaan plastik dalam aktiviti harian manusia sekali gus mengelakkan pencemaran plastik yang membahayakan hidupan marin daripada terus berlaku.
Dengan tema “Our Oceans, Our Future”, sambutan itu turut melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah serta komuniti pesisir laut di Kampung Ambong, Kota Belud melalui sesi ceramah kesedaran tentang peri pentingnya pemeliharaan hidupan marin pada 13 Julai 2017.
Turut mengisi program selama sebulan itu ialah pameran khas WOCTM, kuiz dan pertandingan fotografi yang dibuka kepada orang ramai.
Turut mengisi program selama sebulan itu ialah pertandingan fotografi yang dibuka kepada orang ramai.



ISNIN, 17 JULAI – Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-20 di Galeri Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.
KHAMIS, 13 JULAI – Sambutan Aidilfitiri Raya@UMS yang berlangsung di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pagi tadi meriah dengan pelbagai juadah yang dihidangkan di 31 buah gerai makanan.
SELASA, 11 JULAI – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) mahu memastikan muzik tempatan di Sabah khususnya dapat diperkenalkan di peringkat antarabangsa melalui kerjasama dengan pelbagai pakar dari luar negara dalam bidang tersebut.
ISNIN, 10 JULAI – Unit Penyelidikan Warisan Borneo (UPWB) dan Program Seni Muzik dari Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) telah menjalin kerjasama dalam penganjuran Bengkel Early Childhood Music Level 1 bermula hari ini sehingga 14 Julai.