Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengucapkan tahniah kepada Professor Dr Justin Sentian sebagai Sainstis Malaysia pertama melaksanakan penyelidikan musim sejuk di Antartika.
Hajiji berbangga Dr. Justin yang berasal dari Ranau, turut berjaya mengharumkan nama Sabah dengan mengibarkan bendera negeri ini bersama-sama bendera negara sepanjang tempoh enam bulan penyelidikan yang diadakan bermula 15 Mac depan.
Penyelidikan akan berpusat di Professor Julio Escudero Base Station di Kepulauan King George, Antarctika.
"Ini merupakan saat bersejarah dan saya pasti semua rakyat Sabah dan Malaysia berbangga dengan Prof Dr Justin Sentian.
"Kita mengucapkan selamat maju jaya untuk setiap usaha beliau," katanya selepas menyerahkan bendera Sabah kepada Dr Justin di Menara Kinabalu.
Saintis kutub dalam bidang atmosfera dari Fakulti Sains dan Sumber Alam Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu akan menjalankan penyelidikannya bertajuk 'Tropospheric Ozone and Halocarbons Variations in the Antarctic Peninsula Under Extreme Weather Conditions'.
Dr Justin berkata, Antartika adalah lokasi tepat untuk mengadakan kajian terhadap perubahan iklim serta berkaitan.
"Saya berbangga untuk berkongsikan peluang keemasan ini sebagai Sainstis Malaysia pertama untuk membawa bendera negara ke Antartika.
"Saya berharap, usaha ini akan memberi suntikan motivasi kepada penyelidik lain khususnya generasi muda di Sabah untuk terus cemerlang dalam pelbagai bidang khususnya Sains," katanya.
Penyelidikan Dr Justin mendapat kerjasama daripada Santiago University, Chile dan mendapat suntikan geran dana daripada Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) selama tiga tahun bermula 2023.
Penyelidikan kali ini bukan usaha pertama Dr Justin di Antartika, beliau pernah menghabiskan masa selama tiga bulan untuk program penyelidikan di lokasi terbabit pada 2018.
Penyelidikan beliau itu juga adalah bertujuan memperkasakan keupayaan pembangunan penyelidikan khususnya dalam 'atmospheric chemistry modeling, academic and scientific research networking' diperingkat antarabangsa.
YPASM juga akan mengadakan majlis pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 19 Mac.



Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperuntukkan sebanyak RM350,000 bagi mengatasi masalah bekalan air di dalam kampus.
Penyertaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam Eurosian Higher Education Summit (EURIE) 2023 di Istanbul Lutfi Kirdar (ICEC), Istanbul, Turkiye baru-baru ini menjadi platform UMS dalam meneroka peluang kolaborasi akademik bersama institusi dan universiti dari negara-negara di Eropah dan Asia.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperuntukkan RM505,960 bagi fasa pertama projek membangunkan kilang makanan ternakan dan kelengkapan pejabat Pusat Penyelidikan Makanan Ternakan di Kampung Apin-Apin Keningau.