SAMBUTAN HARI KEMUNCAK NUTRITION MONTH MALAYSIA (NMM) 2025

SAMBUTAN HARI KEMUNCAK NUTRITION MONTH MALAYSIA (NMM) 2025
MAJLIS PERASMIAN NUTRITION MONTH MALAYSIA 2025
19 JUN 2025 | Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan UMS
Penganjuran NMM di peringkat UMS bukan sahaja sebuah kempen pendidikan dan promosi pemakanan, tetapi juga merupakan platform pembelajaran luar kelas bagi mahasiswa kita, khususnya pelajar Program Pemakanan UMS.
Sepanjang pelaksanaannya, para pelajar bukan sahaja mengaplikasikan ilmu yang dipelajari, tetapi juga terlibat dalam aspek pembangunan bahan pendidikan, pengurusan program, komunikasi profesional, dan yang paling penting, kepimpinan berasaskan nilai serta impak sosial.
Kesemua aktiviti ini telah memberi peluang kepada mahasiswa untuk meneroka pelbagai dimensi kemahiran insaniah, selaras dengan aspirasi UMS dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, beretika, berjiwa masyarakat serta mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh.
Program ini juga menyerlahkan peranan FSMP dalam menjulang kepakaran universiti di bidang pemakanan, yang bukan sahaja tertumpu kepada penyelidikan dan pengajaran, tetapi juga melalui penyertaan aktif dalam advokasi komuniti serta kolaborasi dengan pelbagai sektor.
Turut hadir, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Censelor Universiti Malaysia Sabah serta YBrs. Profesor Ts. Dr. Hasmadi Mamat, Dekan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan.
 
HELIX_TAGS

About

Offices

Useful Links

Reach Us

Faculty of Food Science and Nutrition
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.

+60 88 320 000

pejfsmp[@]ums.edu.my

Follow Us

Download App

iUMS

Download Now!

Qries

Qries