Image


                            YBHG. TAN SRI DATO’ AZMAN HASHIM

                                             Pro-Canselor
                                  Universiti Malaysia Sabah

Tan Sri Dato’ Azman Hashim adalah salah seorang anak didik Malaysia dalam perbankan, mula terbabit dalam sektor itu pada 1960-an. Namanya sangat sinonim dengan sebuah bank di negara Malaysia iaitu Ambank. Berbekal semangat keusahawanan yang kukuh, beliau telah menjadi pemacu utama pertumbuhan Ambank Group sejak 1982. Beliau mempunyai sifat pemurah, dermawan, personaliti yang unik dan sering membantu meningkatkan kualiti Pendidikan.
Pada Julai 1939 Tan Sri Dato’ Azman Hashim dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ayahnya, Encik Hashim berkhidmat sebagai juruteknik sementara ibunya, Zabedah Shahid bertugas sebagai guru. Mendapat pendidikan awal di Malay’s Boys School, Setapak dan meneruskan pendidikan di Sekolah Methodist Boy’s School di Sentul. Menamatkan persekolahan dengan kelulusan Senior Cambridge pada usia 15 tahun sekitar tahun 1954. Seorang pemegang biasiswa Yayasan Colombo yang membolehkan beliau menyambung pendidikan di Australia dalam bidang perakaunan.
“Jika kamu tidak mendapat apa yang dimahu, kamu ditakdirkan untuk mendapat sesuatu yang lebih baik.”