Image

Ruang Pameran Magavol sedang berlangsung pameran REBUNG 2.0. Rebung berasal daripada bahasa Melayu, yang bermaksud tunas muda bambu yang boleh dimakan dan sering digunakan dalam masakan tradisional. Selain itu, rebung juga sering digunakan dalam peribahasa dan ungkapan budaya yang mengandung makna mendalam tentang pertumbuhan dan kehidupan baru.

Rebung yang diadakan di Galeri Azman Hashim ini mempamerkan karya-karya seni yang berbagai teknik goresan ekspresif dari pelukis-pelukis dalam hasrat mereka untuk menyampaikan idea atau gagasan mereka kepada umum. Melalui cetusan nilai indah di karya seni mereka, para pelukis menceritakan pengalaman mengenai dunia yang dilalui menerusi goresan dan lakaran seni mereka. Secara sedar atau tidak setiap karya mempunyai cerita tersendiri yang melalui proses pemikiran dan teknik yang berbagai ragam.

Goresan ekspresif dan wawasan yang ditebarkan ke atas permukaan kanvas atau media seumpamanya merupakan koleksi dari 27 pelukis dalam kalangan pelajar daripada Program Teknologi Seni Visual tahun 3. 73 buah karya dipamerkan melalui usaha bersama dengan Galeri Azman Hashim dalam memperkenalkan karya seni pelajar-pelajar yang bertemakan Borneo bagi memupuk semangat mereka. Selain itu, pameran ini juga merupakan titik permulaan para pelajar agar terus berkarya dan mampu menghasilkan karya yang hebat dan bermutu setara dengan karya antarabangsa.

Sila klik  https://heyzine.com/flip-book/f25089d635.html untuk lihat Katalog