Image

YBRS. PROF. MADYA DR. MOHAMMAD PUAD BIN BEBIT
Pengarah
Galeri Azman Hashim
Universiti Malaysia Sabah
Sekapur Sirih 
Dari Meja Pengarah

Syukur Alhamdulillah
dan lautan kasih dihulurkan buat Yayasan Azman Hashim telah menyumbang sebuah galeri seni dengan nama Azman Hashim UMS Gallery atau dikenali sebagai Galeri Azman Hashim UMS (GAH). Sebuah bangunan yang indah dengan rekaan berkonsepkan alam, terletak di dalam kawasan kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS). Lokasi berhampiran dengan laut China Selatan menghidangkan keindahan matahari terbenam menambahkan lagi keindahan visual alam yang dapat menarik kehadiran pelancong. Di balik timur suria pagi merenung pasak bumi Kinabalu terkunci sepi menghiasi sebuah galeri lambang kukuhnya karya seni.
GAH-UMS merupakan pusat sehenti menyediakan pameran berkala karyawan tanah air dan luar negara untuk memberi peluang kepada pengunjung menilai serta membuat rujukan terhadap perkembangan seni secara global. Peranan GAH-UMS berusaha berkongsi produk visual tujuan menyuntik kesedaran dan kefahaman masyarakat pelbagai bangsa dan etnik di Malaysia. Justeru GAH-UMS menyajikan pameran karya dalam dan luar negara, aktiviti persembahan dan aktiviti seni bersifat ilmiah yang dapat menyalurkan maklumat seni visual.  GAH-UMS juga menyediakan ruang oudiotorium, ruang mesyuarat, ruang pameran dan ruang menarik untuk pengunjung berswafoto atau photoshoot. GAH-UMS menjadikan pusat rujukan kepada mahasiswa dan penyelidik khususnya perkembangan seni berelemenkan budaya Sabah.
“Merah-merah buah delima,
 Masak sebiji di balik daun,
 Sewadah budi kami terima,
 Tersemat di hati bertahun-tahun.”