SEKAFI ( Auditorium )

Ruang Auditorium berkeluasan 1810 kaki persegi dan mampu memuatkan 120 orang dalam satu-satu masa. Ruang ini juga dilengkapi peralatan ABM seperti 1 set LCD Projektor dan Skrin Bermotor serta 1 set alat bunyi mikrofon tanpa wayar.  Ruang ini sesuai digunakan seperti tayangan filem, telemovie, dokumentari, acara bual-bicara, seminar, kursus dan majlis perasmian. Auditorium ini boleh untuk disewakan oleh semua pengguna.

Sila klik Poster kadar sewa sekafi.pdf

RUMAMBAI ( Ruang Mesyuarat/ Bengkel/ Kursus )

Ruang Rumambai berkeluasan 1804 kaki persegi yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu masa serta mempunyai 1 set LCD Projektor dan Skrin Bermotor.  Ruang ini sesuai digunakan bagi aktivti seperti mesyuarat, bengkel, kursus dan juga aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan kesenian dan lain-lain,  Ruang ini boleh disewa oleh semua pengguna mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Sila klik kadar sewa ru mam bai.pdf

LEPA

Ruang lepa berkeluasan 3025 kaki persegi dan dilengkapi beberapa panel pameran bersaiz 3’x15’ yang boleh memuatkan saiz lukisan sehingga berukuran 197cm X 197cm. Pada masa ini ruang tersebut digunakan khas pameran koleksi Tan Sri Azman Hashim.

KAAMATAN

Ruang Kaamatan berkeluasan 1470 kaki persegi dan dilengkapi beberapa panel pameran 3’x15’ dan  dianggarkan  boleh memuatkan 30 buah lukisan yang berukuran 50cm X 70cm.  Ruang ini boleh disewa oleh semua pengguna mengikut kadar yang telah ditetapkan.

KALIMARAN

Ruang Kalimaran berkeluasan 1776 kaki persegi dan dilengkapi beberapa panel pameran 3’x15’ dan boleh memuatkan 50 hingga 80 buah lukisan berukuran 18cm x 18cm. Ruang ini boleh disewa oleh semua pengguna mengikut kadar yang telah ditetapkan.

MAGAVOL

Ruang Magavol berkeluasan 1149 kaki persegi dan dilengkapi beberapa panel pameran 3’x15’ dan boleh memuatkan 25 buah lukisan berukuran 60cm x 60cm. Ruang ini boleh disewa oleh semua pengguna mengikut kadar yang telah ditetapkan.

VERANDAH

Verandah ini berkeluasan 2785 kaki persegi, memiliki 1 set pentas berkeluasan 10 X 20 kaki persegi.  Ruang ini sesuai digunakan bagi aktivti seperti majlis perasmian,  majlis perkahwinan, persembahan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi yang berkonsepkan ruang terbuka. Ruang Verandah ini boleh disewa oleh semua pengguna.

BERIU

Anjung Beriu ini berkeluasan 7620 kaki persegi. Ruang ini mampu menampung 3000 orang dalam satu masa. Anjung Beriu ini juga dilengkapi kemudahan seperti lif yang bertujuan memberi peluang kepada orang ramai khususnya Orang Kurang Upaya (OKU) agar dapat menikmati keindahan di kawasan tersebut. Selain itu, ruang ini juga sesuai digunakan bagi aktivti  seperti majlis perkahwinan,  majlis perasmian ,kesenian, kebudayaan, persembahan muzikal dan lain-lain yang berkonsepkan ruang terbuka. Ruang Rumambai ini terbuka untuk disewa oleh semua pengguna.

MENARA BERIU

Menara Beriu yang terletak dibahagian tengah galeri bersebelahan anjung Beriu boleh memuatkan 5 orang dalam satu-satu masa. Orang ramai yang sempat ke menara ini berpeluang menikmati suasana pemandangan indah dan keunikan stuktur binaan galeri yang dikelilingi flora dan fauna. Selain itu, orang ramai yang berada di menara ini akan berkesempatan menikmati keindahan suasana pemandangan laut dan matahari terbit diwaktu senja

TAMU

TAMU atau Kedai Cenderamata merupakan sebuah ruang yang menjual pelbagai produk cenderamata hasil sentuhan buatan tangan asal tempatan  yang boleh dijadikan sebagai tanda kenangan. Selain itu, karya seni para artis dan pelajar seperti lukisan, arca, kemeja T,baju batik sabahan, produk makanan sabahan, buku penyelidikan, beg, rantai kunci dan banyak lagi dijual dengan harga yang berpatutan.

Klik sini untuk lihat produk jualan