VISI

“Menjadi pusat sehenti pameran, promosi dan jualan produk seni bagi perkembangan ilmu dan pelancongan.”

MISI

“Azman Hashim UMS Gallery menyediakan ruang kepada karyawan seni  dalam mempamer, mempromosi, persembahan dan menjual karya yang berkaitan kesenian, serta meningkatkan pengetahuan baharu masyarakat dalam pelbagai bidang melalui program berkonsepkan ilmiah”

OBJEKTIF
Sebuah pusat sehenti (one-stop-center) bagi pameran karyawan tempatan atau luar negara, pemuliharaan, penyelidikan, Pendidikan, jualan produk pelancongan dan kesenian yang berkonsepkan komersial dan ilmiah.

Menampung keperluan ruang pengajaran dan pembelajaran bagi program Teknologi Seni Visual, Akadeni Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF).

Menjalankan pelbagai program yang berkonsepkan komersial dan pendidikan selaras dengan fungsi bidang seni atau industri kreatif yang terdapat di UMS.

Melaksanakan operasi harian GAH yang berorientasikan pengurusan acara melalui penganjuran projek/aktiviti pendidikan dan komersial bagi memastikan pengunjung/pelancong tertarik untuk melawat GAH seperti yang dilaksanakan oleh galeri-galeri seni lain di dunia.