Image
Image
LATAR BELAKANG
Azman Hashim UMS Gallery yang dibina di dalam kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dibiayai pembinaannya oleh Yayasan Azman Hashim dengan peruntukan RM15.6 juta. Pembinaannya bermula pada awal 6 Oktober 2017. Galeri Azman Hashim UMS satu tingkat yang berkeluasan 27,800 kaki persegi beroperasi sebagai pusat sehenti atau One-Stop Centre dengan pelbagai bentuk pameran berkaitan bidang kesenian pameran karya, seni persembahan dan pameran Pendidikan seni secara berkala serta menjadi pusat jualan produk seni berteraskan kesenian Borneo terutama negeri Sabah. Reka bentuk bangunan telah di sesuaikan bagi tujuan ini dengan penyediaan ruang dan kemudahan yang lengkap. Kesiapan bangunan galeri yang bercirikan rough and bare finish akan menjadi tarikan pengunjung dan pelancong. 

KONSEP 
Keunikan struktur galeri adalah hasil dari pandangan Tan Sri Azman Hashim sendiri sebagai penyumbang besar, khususnya apabila beliau mencadangakan reka bentuk berkonsepkan ‘popular design and do-able’ serta ‘typical of Sabah’, sesuai dengan niat TanSri untuk menjadikan galeri sebagai bangunan iconic yang terdapat di kampus induk UMS. Konsep berdasarkan belahan kayu balak yang sinonim dengan sumber ekonomi negeri Sabah. Manakala sebuah menara yang berasaskan alat harian perangkap ikan yang dikenali sebagai bubu atau lukah. Beliau bersama designed team telah menyempurnakan pembinaan galeri dengan penyediaan ruang pameran koleksi peribadi, ruang pameran karyawan dalam dan luar negara serta ruang pameran mahasiswa. Kehendak beliau mewujudkan galeri ini adalah memperkasakan bidang seni yang akan memberi manafaat dalam aspek Pendidikan dan komersial kepada masyarakat.

BERDIRINYA GAH
Pada 07 Ogos 2014, Prof Madya Dr. Zairul Md Dawam (Pensyarah FKSW) telah menyediakan kertas cadangan bertajuk “program Biasiswa Pembangunan Bakat Seni Luar Bandar Negeri Sabah” diajukan kepada Pengarah Seksyen Endowmen UMS tujuan permohonan sumbangan berbentuk bangunan galeri seni dan dipersetujui oleh Timbalan Naib Canselor Prof. Dr Shahril Yusof. Pihak AmBank telah memberi cadangan kepada pihak UMS untuk memohon sebuah galeri seni untuk memperkasakan lagi kegiatan akademik dan program-program kesenian yang menekankan perkembangan ilmu dan pendidikan.

PERSETUJUAN PEMBINAAN
Pada 14 April 2015 satu kunjungan hormat terhadap Tan Sri Azman Hashim telah dibuat oleh rombongan UMS dan UMS Investment Holdings Sdn Bhd.  Cadangan pembinaan galeri seni di UMS Kampus Induk telah dibentangkan pada perjumpaan ini.  Tan Sri Azman bersetuju untuk membiayai projek pembinaan galeri seni dan rekabentuk bangunan akan diperhalusi oleh arkitek AmCorp.  Project team AmCorp telah membuat lawatan tapak dan mengadakan perbincangan dengan UMS pada 8 Mei 2015. Memorandum of Agreement (MOA) dan majlis pecah tanah telah disempurnakan pada 07 Oktober 2015 di Dewan Canselor UMS.