Image

Ruang pameran LEPA merupakan ruang yang disediakan khas buat koleksi-koleksi pilihan terbaik daripada Tan Sri Azman Hashim sendiri. Beliau merupakan seorang peminat dan pengumpul karya seni artis-artis terkenal dalam negara dan luar negara. Antara koleksi karya artis seperti Datuk ibrahim Hussein, Abdul Latif Mohidin, Khalil Ibrahim, Awang Damit Ahmad, Bayu Utomo Radjikin, Peter Liew, Dato Sharifah Fatimah Syed Zubir, Raphael Scott Ahbeng dan ramai lagi. Selain itu, koleksi seperti arca Unta juga dipamerkan disini bagi memberi peluang kepada para pengunjung melihat sendiri keunikan miniatur yang diperbuat dari pelbagai negara sebagai satu lambang ikonik yang dikaitkan dengan AMBANK.