Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL), baru-baru ini.

Pengarah DPPC, UTMKL, Dr. Khamarrul Azahari Razak yang mengetuai kunjungan tersebut berkata, sesi ini bertujuan meneroka persefahaman pintar antara pihak NDRC, UMS dan DPPC, UTMKL.

“Kunjungan hormat ini merupakan susulan daripada penglibatan NDRC sebagai rakan strategik dalam penganjuran bersama Program Minggu Sains dan Teknologi untuk Pengurangan Risiko Bencana dan Daya Tahan.

“Kunjungan ini juga bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang pengurangan risiko bencana dan daya tahan serta memperkasa agenda pengurangan risiko bencana negara,” katanya.

Sementara itu, Pengarah NDRC, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus yang mempengerusikan perbincangan dalam kunjungan hormat ini menyambut baik hasrat DPPC untuk menjalinkan kerjasama strategik dalam pengurusan bencana alam di Sabah.

“NDRC yang telah ditubuhkan sejak tahun 2006 ini merupakan focal point untuk semua penyelidikan di UMS berkaitan dengan bencana alam di Sabah.

“Diharapkan dengan adanya kerjasama seumpama ini akan dapat memberi peluang kerjasama yang lebih luas dalam bidang penyelidikan bencana.

“Oleh itu, kerjasama ini akan memantapkan lagi peranan serta penglibatan NDRC sebagai rakan strategik DPPC pada masa akan datang,” ujarnya.

Pusat ini merupakan pusat penyelidikan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti melibatkan pengurusan dan pengurangan risiko bencana melalui penyelidikan dan program kesedaran awam termasuklah Program Kesedaran CBDRM iaitu pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti di Sabah.

Hadir sama dalam kunjungan hormat ini, Timbalan Pengarah MET Malaysia, Sabah, Dr. Chai Mui Fatt; Felo Penyelidik Utama NDRC, UMS; Prof. Madya Ts. Dr. Ejria Saleh; Felo Penyelidik Bersekutu NDRC, UMS, Dr. Janice Lynn Ayog dan Pegawai Penyelidik NDRC; Eldawaty Madran.

 

Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-25 menyaksikan Program Komunikasi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) melahirkan dua graduan sulung kelas pertama.

Ng Wei Liang, 23, menjadi salah seorang graduan pertama daripada Program Komunikasi yang mendapat Anugerah Kelas Pertama dengan himpunan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.79.

“Saya berasa sangat gembira dan puas hati dengan pencapaian serta anugerah ini,” ujar beliau yang juga merupakan penerima Anugerah Zainal Abidin Bador pada Majlis Konvokesyen kali ini.

Anak kelahiran Johor ini juga mempunyai banyak pencapaian kokurikulum seperti mencipta Modul Latihan Penghasilan Video Jarak Jauh, menjuarai Kejohanan Wushu Kebangsaan dan memperoleh Sijil Pandu Dron oleh Drone Tech Imaging.

“Dengan semua pencapaian yang saya perolehi, saya paling berpuas hati dengan anugerah dekan pada setiap semester kerana mendapat keputusan dekan dalam program saya agak susah.

“Dari segi kokurikulum pula, saya paling berpuas hati bila saya berjaya mewakili UMS dalam Asia University Friendship Game,” katanya.

Berkongsi lanjut beliau berkata inspirasi utama di sebalik kejayaan beliau adalah kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa dan keluarga beliau.

“Selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda ini, saya berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana,” tambahnya.

Manakala seorang lagi graduan kelas pertama Nurhamizah Musa, 23, berkata beliau mempunyai hasrat ingin melanjutkan pengajian ke Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

“Sejujurnya saya tidak menyangka bahawa saya boleh mendapat keputusan cemerlang setiap semester kerana belum pernah ada graduan kelas pertama dari Program Komunikasi. Tetapi saya tidak berputus asa untuk melakukan yang terbaik semampu yang boleh.

“Alhamdulillah saya berjaya mencapai impian saya selama ini. Kejayaan ini amat bermakna untuk saya hadiahkan kepada ibu bapa saya yang telah banyak membimbing dan memberi semangat untuk menamatkan pengajian,” katanya.

Tambah Nurhamizah, sejak kecil lagi beliau mempunyai minat untuk menjadi seorang pendidik seperti bapanya.

“Inspirasi saya adalah ayah saya sendiri kerana beliau merupakan seorang guru yang mana saya minat untuk menjadi seorang pendidik suatu hari nanti. Minat ini telah lama timbul sejak saya berada di sekolah rendah lagi apabila saya melihat ayah saya sedang mengajar,” jelasnya.

Beliau mendapat Anugerah Kelas Pertama memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.68.

 

Universiti Malaysia Sabah Hospital established a Child and Adolescent Mental and Physical Health (Champ) Centre.

UMS Vice Chancellor Professor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor said the centre provides services to children and adolescents with special needs in Sabah who have neurodevelopmental and behavioural issues.

“The characteristics of children and adolescents with special needs include autism, attention deficit hyperactivity disorder (ADHD), speech delays, learning difficulties and behavioural issues,” he said during the launching of the centre on Monday.

Kasim said with smart partnership and collaboration, the centre could become agent of change by building bridges of understanding, breaking stigma, and spreading awareness about children and adolescents with special needs by providing more specialised intervention and rehabilitation services systematically.

“Therefore, we should express our respect and highest appreciation to the pioneers, whether they have played a role in pioneering, establishing, building and filling the sustaining as well as those who are still struggling to create an inclusive society.

“Inclusivity is not just about acknowledging existence but also about providing equal support, opportunities, and gratitude for every individual, including those with special needs.

“In pursuing a more inclusive society, education plays a crucial role. It is important for us to create an environment where individuals with special needs can thrive, learn, and contribute meaningfully.”

“By fostering understanding and providing appropriate support, we can unlock the great potential that exists within each of these special needs groups.

“Therefore, let us help every child and youth with special needs to reach their maximum potential. Together, we are a force that can shape a world that is more empathetic and more understanding,” he said.

Meanwhile, hospital Director Professor Dr Helen Benedict Lasimbang said Champ aimed to provide a high-quality Play Therapy services.

“Play therapy is a form of psychotherapy that uses games to communicate with children.

“Unfortunately, Sabah does not yet have a therapist who is certified in Play Therapy as a Certified Play Therapist. 

The centre hopes to meet the challenge through certification sponsoring to improve the expertise of therapists and offer high-quality Play Therapy services.

“Thus, to reach the expert level and ensure the implementation of interventions according to the set standards, continuous training is required under supervision to ensure sufficient exposure to therapists,” she said.

Champ is one of the niche areas established by Hums and the centre also collaborated with the Department of Psychiatry and Psychological Health, the Department of Rehabilitation Medicine, and the Department of Paediatrics under the hospital.

From January to September of this year, the centre received visits from a total of 1,007 patients.

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang ditubuhkan hampir 30 tahun lalu sentiasa menjadi harapan rakyat di negeri Sabah, khususnya pentadbiran kerajaan negeri dalam bersama-sama memacu pembangunan negeri dan masyarakatnya.

Justeru, pelbagai perancangan universiti telah direncanakan menerusi pendekatan slogan “Peneraju Masyarakat Berinovasi” atau Leading Towards Innovative Societies sebagai komitmen UMS untuk bersama-sama menjayakan hala tuju Sabah Maju Jaya.

Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, slogan tersebut diperkenalkan untuk mendekatkan warga universiti kepada masyarakat melalui pewujudan makmal hidupan dan program-program yang memanfaatkan masyarakat Sabah.

“Ini juga sedikit sebanyak membantu kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf sosioekonomi pembangunan Negeri Sabah agar bersama-sama dapat digembleng dan dicerakinkan bagi menghasilkan generasi akan datang yang mampu berdaya saing serta fleksibel.

“Untuk itu, UMS telah menggariskan beberapa pendekatan sebagai usaha menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sabah Maju Jaya, antaranya menerusi aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam pelbagai bidang termasuk pertanian, akuakultur, bioteknologi, dan tenaga boleh diperbaharui.

“Aktiviti penyelidikan ini membawa kepada pembangunan teknologi dan inovasi baharu yang boleh dikomersialkan, membawa kepada pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu program wawancara di salah satu stesen televisyen nasional, baru-baru ini.

UMS juga katanya menekankan pembangunan modal insan melalui penyediaan pendidikan dan latihan kepada sebilangan besar pelajar dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, perniagaan, dan hospitaliti.

“Graduan ini pada akhirnya akan menyumbang kepada tenaga kerja mahir di Sabah, sekali gus mampu memacu pertumbuhan ekonomi dan menarik pelaburan luar ke negeri ini.

“Selain itu, UMS juga giat mengadakan kerjasama dengan industri dan perniagaan di Sabah untuk menyediakan sokongan kepakaran, teknologi dan penyelidikan bagi membantu dalam pembangunan produk, perkhidmatan dan proses baharu.

“UMS turut menggalakkan keusahawanan dan menyediakan sokongan untuk pemula dan perniagaan kecil melalui program keusahawanan dan pusat inkubasi, dan ini mampu memupuk ekosistem keusahawanan yang bertenaga di Sabah sekali gus membawa kepada kepelbagaian dan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Tambah Kasim, UMS juga terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pembangunan komuniti seperti pemindahan pengetahuan, pembangunan kapasiti, dan program tanggungjawab sosial bagi membantu meningkatkan kualiti hidup dan peluang ekonomi bagi masyarakat tempatan di Sabah.

Dalam perkembangan lain, Kasim memaklumkan UMS sehingga kini telah melahirkan lebih 80,000 graduan sepanjang kewujudannya.

“UMS yang kian dewasa ini turut dapat beradaptasi baik dengan peredaran zaman yang dipengaruhi teknologi digital yang kian rencam.

“Ini terbukti melalui catatan kadar kebolehpasaran graduan yang terus menunjukkan peningkatan positif dari tahun ke tahun.

“Malah, peluang pekerjaan yang bakal tersedia serentak dengan usaha kerajaan negeri khasnya dan kerajaan pusat umumnya mampu diisi oleh sumber manusia keluaran universiti ini,” katanya.

Ujar beliau, UMS akan terus memainkan peranannya sebagai sumber rujukan kepada pelbagai agensi mahupun masyarakat, agar universiti terus memberi impak yang signifikan dan positif kepada komuniti dan ekonomi tempatan dengan mewujudkan peluang pekerjaan, memacu inovasi, memupuk kerjasama dengan perniagaan tempatan, dan menyumbang kepada pembangunan infrastruktur dan penglibatan komuniti.

 

Dalam usaha mempromosikan kesedaran dan pemahaman mengenai isu-isu yang berkaitan penyalahgunaan dadah, Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan program PEMADAM Outreach in Autumn (PETRA’23) di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini. 

Program tersebut merangkumi pelbagai pengisian, termasuk lawatan ke institusi-institusi penting seperti Malaysia Tourism di Seoul, Universiti Hanyang, Universiti Yonsei, Kedutaan Malaysia di Seoul, dan aktiviti kolaboratif bersama Persatuan Pelajar Malaysia di Korea (PPMK).

Menurut Pengarah Program, Hasdilah Diwan, matlamat utama program tersebut adalah untuk mempelajari perbandingan budaya dan memberi inspirasi kepada peserta dalam menyelami perbezaan antara Malaysia dan Korea Selatan bagi memahami faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyalahgunaan dadah.

Katanya, penganjuran program itu juga sebagai penanda aras untuk mengetahui tahap kepimpinan dan penglibatan para pelajar korea dalam kelab dan organisasi masing-masing.

“Lawatan kami ke Universiti Hanyang dan Universiti Yonsei telah menggalakkan dialog lintas budaya yang kaya dengan pertukaran idea untuk memperbaiki dan meningkatkan kewujudan PEMADAM UMS.

“Selain itu, turut diadakan aktiviti interaktif bersama PPMK dalam mengatasi isu penting penyalahgunaan dadah. Program ini juga merangkumi kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, di mana delegasi telah terlibat dalam perbincangan mengenai hasil program-program yang telah dijalankan sebelum ini dan isu penyalahgunaan dadah di Korea Selatan.

"Dengan mempelajari kejayaan Korea Selatan dan mengaplikasikannya di Malaysia, langkah yang signifikan dapat diambil dalam memerangi penyalahgunaan dadah dalam komuniti,” ujarnya.

Tambah Hasdilah, PETRA’23 tidak hanya menyumbang kepada usaha dalam memerangi penyalahgunaan dadah tetapi juga dalam membangunkan komuniti pelajar yang lebih aktif dan bertanggungjawab di institusi pengajian tinggi.

“Delegasi Kelab PEMADAM UMS telah memperoleh pengalaman berharga yang akan mengukuhkan objektif penubuhan PEMADAM UMS dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan dadah di Malaysia.

“Menjelajahi bagaimana pendidikan, budaya, dan pemikiran inovatif mempengaruhi kadar penyalahgunaan dadah adalah penting untuk mencari penyelesaian yang berkesan. Selain itu, pertukaran pengetahuan dan pengalaman amat penting sebagai pemacu perubahan positif dan pendekatan inovatif dalam komuniti,” jelasnya.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.