KHAMIS, 17 MEI - Sejumlah RM30,000 sumbangan diperuntukkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membantu aktiviti alumni di peringkat fakulti.
Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, peruntukan itu disumbangkan bertujuan memberi bantuan kepada pihak fakulti menjalankan aktiviti berkaitan alumni masing-masing dengan lebih berkesan.
- Semoga usaha murni ini terus mendapat sokongan dan kerjasama antara pihak pengurusan dan fakulti untuk sama-sama memastikan hubungan dengan alumni UMS terus terjalin erat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Alumni kepada 10 fakulti UMS di Dewan Auditorium Pascasiswazah baru-baru ini.
Menurut Datuk D Kamarudin, daripada jumlah sumbangan yang diperuntukkan itu, setiap fakulti menerima bahagian sama rata iaitu masing-masing mendapat RM3,000.
“Justeru, saya berharap para dekan dapat memantau dan mengambil penekanan serius bagi memastikan aktiviti berkaitan alumni di fakulti masing-masing berjalan lancar,” tegasnya.
Penyampaian sumbangan kepada setiap dekan fakulti disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Zaki Tun Azmi.
Untuk rekod, penyaluran sumbangan alumni fakulti itu merupakan inisiatif di bawah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ismail Ali melalui Pusat Alumni UMS.
Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Pusat Alumni UMS, Darwis Awang dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah UMS.



KHAMIS, 17 MEI – Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) sedia bekerjasama dengan Dewan Perdagangan Islam Malaysia Labuan (DPIML) dalam menjayakan penganjuran persidangan antarabangsa, iaitu "Applied International Business Conference (AIBC 2018)" kali ke-3 yang diadakan di Hotel Grand Dorsett, Wilayah Persekutuan Labuan pada 23 dan 24 Oktober 2018.
RABU, 16 MEI - Seramai 36 peserta mengambil bahagian dalam program Komuniti Pendidikan Sains dan Teknologi sekolah luar bandar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh Ranau baru-baru ini.
SELASA, 15 MEI - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr. Shahril Yusof menyarankan agar hasil seni pelajar program Teknologi Seni Visual, Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) dipamerkan kepada umum.
ISNIN, 14 MEI - Para penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul dua pingat emas dan lapan perak dalam penyertaan International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2018 baru-baru ini.