- Jumlah paparan: 339
UMS dan Universitas Brawijaya Tingkatkan Kerjasama dalam Penyelidikan Ikan Haruan
Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) terus memperkukuh jaringan kerjasama akademik serantau dengan Universitas Brawijaya (UB), Indonesia, menerusi pelbagai inisiatif strategik yang melibatkan penyelidikan, mobiliti dan pembangunan akademik dua hala.
Terbaharu, kerjasama antara kedua-dua universiti menyaksikan pelaksanaan program mobiliti inbound selama tiga minggu bermula 23 April hingga 17 Mei 2025 yang lalu, melibatkan seramai lapan pelajar dari Fakultas Perikanan dan Ilmu Kelautan (FPIK), UB.
Sepanjang berada di FSMP, para pelajar menjalankan penyelidikan berkaitan penghasilan produk makanan berasaskan protein daripada ikan haruan (Channa striata) di mana ikan haruan adalah sejenis ikan tempatan yang berpotensi tinggi dari segi pemakanan dan terapeutik terutama dalam penyembuhan luka.
Menurut Dekan FSMP, Profesor Ts. Dr. Hasmadi Mamat, program tersebut menjadi platform penting dalam memperkukuh kolaborasi dua hala menerusi pendekatan interdisiplin antara bidang sains makanan dan perikanan.
”Bagi memperluas ruang kerjasama, delegasi rasmi FPIK, Universitas Brawijaya yang diketuai oleh Prof. Dr. Ir. Eddy Suprayitno, bersama Dr. Abdul Aziz Jaziri dan Heder Djamaludin, telah mengadakan lawatan ke FSMP.
”Lawatan tersebut turut merangkumi sesi perbincangan strategik serta perancangan kolaborasi masa depan.
”Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah cadangan pelaksanaan geran penyelidikan matching fund, pelantikan Profesor Adjung dan Profesor Pelawat, serta pengukuhan mobiliti pelajar dan staf secara lebih terancang dan berimpak tinggi,” katanya.
Tambah Hasmadi, perbincangan antara kedua-dua universiti turut mencadangkan penganjuran bersama persidangan antarabangsa, yang akan menjadi platform ilmiah untuk menghimpunkan penyelidik, pemain industri dan pembuat dasar dari Malaysia dan Indonesia khususnya dalam bidang makanan, pemakanan, sumber marin dan inovasi teknologi makanan tropika.



In a continued effort to elevate its global standing, Universiti Malaysia Sabah (UMS) has expanded its international academic engagement with a high-level courtesy visit to Yildiz Technical University (YTU) — a premier institution in Türkiye with a proud legacy dating back to 1911 and currently listed among the QS World University Rankings 2025 (851–900).
Pusat Kajian Bencana (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkukuh kerjasama strategik bersama Universiti Pokhara, Nepal dalam bidang penyelidikan dan pengurusan bencana.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) has taken a significant step toward global academic integration through a high-level visit to Aydin Istanbul University in Turkey, forging new pathways in research, academic mobility, and engineering collaboration.
Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) dalam usaha membantu usahawan kecil bumiputera bagi mendapatkan pensijilan halal Malaysia yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).