- Jumlah paparan: 10144
Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS Baharu
ISNIN, 1 APRIL - Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkuat kuasa 1 April 2019.
Pelantikannya ke jawatan tersebut diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia dan berkuat kuasa selama tiga tahun sehingga 1 Mac 2022.
Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul, 49, memulakan perkhidmatan di UMS sejak tahun 1998 di Sekolah Sains Sosial yang kini dikenali sebagai Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW).
Mempunyai kepakaran dalam bidang Klimatologi, beliau yang kini berkhidmat lebih 20 tahun di UMS juga pernah dipinjamkan ke Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi Malaysia (MoSTI), dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) dengan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha kementerian.
Selain memiliki kepakaran dalam bidang sains, anak kelahiran Ranau, Sabah ini turut mempunyai kemahiran dalam bidang sastera dan penulisan kreatif.
Majlis serah tugas berlangsung hari ini, yang menyaksikan mantan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Dr. Shahril Yusof menyerahkan dokumen serah tugas kepada beliau di Cafe De Sireh, Bangunan Canselori UMS.
Majlis itu turut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk K Y Mustafa; Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin, serta Pegawai-pegawai Utama dan Kanan UMS.
Pihak UMS mengucapkan syabas dan tahniah kepada Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul, dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Prof. Dr. Shahril Yusof.



ISNIN, 1 APRIL - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Exco Keusahawanan dan EcoCampus, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2018/2019, Pusat Pengurusan EcoCampus dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar turut sama menjayakan program Earth Hour 60+ 2019 baru-baru ini.
ISNIN, 1 APRIL Lebih 100 peserta terdiri daripada warga UMS serta orang awam memeriahkan program berbasikal ‘10KM Fun Cycle’ yang berlangsung di sekitar kampus UMS Sabtu lalu.
JUMAAT, 29 MAC - Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi memberikan sumbangan pandangan ilmiah dan perkongsian pengalaman kepada iltizam kebangsaan dalam pembangunan Pelan Induk dan Polisi Bandaraya Rendah Karbon Nasional (‘National Low Carbon Cities Masterplan and Policy Roadmap’) di bawah Projek Green Technology Application for the Development of Low Carbon Cities (GTALCC) menerusi satu Sesi Perbincangan Kumpulan Fokus (‘Focus Group Discussion’, FGD) khas untuk para pemegang taruh Sabah yang telah diadakan pada 25 Mac 2019; Isnin di Hotel Hilton Kota Kinabalu.
KHAMIS, 28 MAC – Penceramah bebas, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat menyampaikan perkongsian beliau bertajuk “Tips Cara Bahagia dan Produktif di Tempat Kerja” dalam satu program yang berlangsung di Galeri Majlis UMS.