RABU, 13 MAC - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) serta Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMS dan Health4U Solution Sdn Bhd.
UMS diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin, manakala JKNS diwakili Pengarah Kesihatan Datuk Dr Christina Rundi, sementara Health4U Solution Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Chevy Beh.
Berlangsung di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin dalam ucapannya memaklumkan, MoA yang ditandatangani itu merupakan lanjutan tujuh tahun lagi bagi program doktor perubatan dan pascasiswazah.
“Bagi diploma kejururawatan, ia melibatkan pelanjutan lima tahun untuk menjalani latihan klinik, dan menjalankan aktiviti penyelidikan bagi pelajar pascasiswazah program sarjana kesihatan awam dan doktor kesihatan awam.
“Sementara itu, MoU yang telah ditandatangani bersama Health4U berperanan sebagai sebuah syarikat membangunkan BookDoc, aplikasi menggunakan telefon mudah alih sebagai platform menghubungkan pesakit dengan penyedia penjagaan kesihatan seperti hospital dan klinik,” katanya.
Majlis menandatangani MoA dan MoU itu turut disaksikan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Stephen Wong Tien Fatt.
Datuk Stephen kemudiannya turut melancarkan Hospital UMS Information System pada majlis itu yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk K Y Mustafa dan Pegawai-pegawai Utama UMS.



RABU, 13 MAC - Cabaran utama sumber manusia global dalam sedekad yang akan datang antaranya merangkumi pembangunan pantas dalam bidang robotik dan kecerdasan buatan (AI), pertumbuhan dan penguncupan penduduk, perubahan iklim dan migrasi.
RABU, 13 MAC - Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus komited untuk membantu dalam membangunkan ekosistem marin yang mampan dan pengeluaran makanan laut di Sabah.
SELASA, 12 MAC - Pusat Kerjaya dan Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) melawat seorang alumni yang menghidap penyakit kronik, Rosfadilah Rosli, 42, di kediamannya, di Semenyih Selangor, baru-baru ini.
SELASA, 12 MAC - Universiti Malaysia Sabah akan menjadi lokasi akhir penganjuran Konsert Jelajah Malaysia Maher Zain 2019 pada 17 Mac ini.