RABU, 05 DISEMBER – Lebih 100 warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjayakan Program Khidmat Komuniti Sosial anjuran Pejabat Canselori baru-baru ini.
Ketua Pejabat Canselori, Stella @ Nurul Martini Gontol berkata, program yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu melibatkan aktiviti mengecat semula ruang tangga awam di hadapan Bangunan Canselori UMS.
“Program ini merupakan kerjasama dengan UMS Investment Holdings Sdn. Bhd., Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, Bahagian Keselamatan, Teamcons Resources Sdn. Bhd., Atikah Enterprise (Kinabalu) Sdn. Bhd., serta para pelajar Bakti Siswa (Seksyen 6) UMS.
“Penganjurannya sekali gus membuktikan bahawa warga UMS sentiasa komited untuk menyumbang bakti kepada universiti walaupun ia diadakan pada hujung minggu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ringkas sebelum acara tersebut bermula.
Stella berkata, selain menyiapkan kerja-kerja mengecat kawasan tangga awam berkenaan, program itu juga sangat bertepatan dalam mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang sedia terjalin sesama warga UMS.
“Untuk membuat program tanggungjawab sosial, tidak semestinya kita perlu ke kawasan tertentu di luar, sebenarnya kita juga boleh mengadakan program seumpama itu di dalam kampus seperti yang kita jalankan hari ini.
“Dalam masa yang sama program ini juga dilihat mampu memupuk semangat cintakan universiti dalam kalangan warga UMS serta menjadikan tanggungjawab menjaga keceriaan dan kebersihan UMS sebagai tanggungjawab bersama,” tambahnya sambil memaklumkan tangga yang tampak unik dan menarik selepas dicat itu berpotensi untuk menjadi daya penarik para pelancong terus berkunjung ke UMS.
Hadir sama pada program tersebut, Ketua Bahagian Audit Dalam, Sabarudin Ramli, kakitangan daripada Jabatan Bendahari, Bahagian Audit Dalam dan Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global.
Sumber: Nazry Bidin



WEDNESDAY, 05 DECEMBER - In its first role as conference organizer, the Research Unit for Languages & Linguistics of Sabah (RULLS) successfully held the 2nd International Conference on Languages, Linguistics, and Society (ICLALIS 2018) with the Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning (PPIB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) at the Promenade Hotel, Kota Kinabalu, recently.
SELASA, 4 DISEMBER – Exco Sukan, Seni Dan Budaya, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah sekali lagi akan menjayakan penganjuran Pesta Krismas UMS 2018 yang akan berlangsung pada 15 Disember ini.
SELASA, 4 DISEMBER – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) menyantuni warga Rumah Anak Yatim Tambunan melalui penganjuran Program Khidmat Masyarakat di rumah kebajikan tersebut.
ISNIN, 3 DISEMBER – Seramai 59 graduan pascasiswazah termasuk pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapat pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Pascasiswazah (MAP) 2018 yang berlangsung di Klagan Regency Ballroom, 1Borneo Hypermall.