SELASA, 10 JULAI - Sebanyak 70 kertas kerja dibentangkan bagi membincangkan pelbagai isu komunikasi pada Konvensyen Persatuan Komunikasi Pasifik dan Asia (PACA) kali ke-12 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

Pembentangan kertas kerja itu dibawakan oleh masing-masing 70 peserta dari seluruh negara termasuk beberapa peserta antarabangsa daripada Thailand, Filipina dan Korea Selatan.

Majlis perasmiannya disempurnakan, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Shahril Yusof bertempat di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Berucap pada majlis itu beliau berkata, ahli akademik dan penyelidik dari pelbagai latar belakang perlu menggalakkan komunikasi positif dalam kalangan masyarakat terutama pelajar dan generasi muda.

“Seluruh idea yang dikongsi semasa konvensyen ini dapat mewujudkan masyarakat yang lebih toleran dan menghormati terutamanya dalam berkongsi maklumat di media sosial atau penulisan.

“Persidangan dan konvensyen seumpama ini adalah platform yang baik untuk ahli akademik yang mempunyai keprihatinan mengenai teknik komunikasi,” katanya.

PACA kali ini memberi tumpuan kepada tema “Revolusi Perindustrian 4.0 dan Komunikasi”.

Turut Hadir, Pengerusi Persidangan, Lai Che Ching @ Abdul Latif; Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Prof. Dr. Ismail Ibrahim; Presiden PACA, Prof. Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad; Mantan Presiden merangkap Presiden Persatuan Komunikasi Dunia (WCA), Prof. Dr. Baek Seon Gi dan para pensyarah komunikasi UMS.

 

ISNIN, 9 JULAI – Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjayakan Program Kem Lambaian Ilmu Tahun Enam anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Entilibon, Tongod, Telupid baru-baru ini.

Program yang dihadiri seramai 60 murid tahun 6 sekolah tersebut menyaksikan kesemua mereka diberikan suntikan semangat dan motivasi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan datang.

Sesi ceramah dikendalikan Pegawai Psikologi JHEP, Nurul Fatiha Firdaus Roslan.

Dalam ceramahnya, beliau menekankan kepentingan untuk berusaha belajar bersungguh-sungguh serta dapat memperbaiki kelemahan diri terutama bagi setiap mata pelajaran teras.

“Diharapkan program ini dapat membantu para peserta untuk mengenal pasti kelemahan diri masing-masing serta memupuk semangat untuk tampil berani bertanya serta merujuk kepada guru masing-masing untuk mendapat jalan penyelesaian bagi sesuatu permasalahan dalam pelajaran,” katanya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada pihak sekolah SK Entilibon atas kepercayaan untuk beliau mengendalikan ceramah motivasi kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Program motivasi tersebut turut dihadiri oleh semua ibu bapa, guru-guru dan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SK Entilibon.

MONDAY, 9 JULY- Industrial Training is a compulsory 5-credit hour course for the students who have completed their six (6) semesters of study in the Faculty of Engineering, Universiti Malaysia Sabah (FKJ, UMS).

Industrial Training provides opportunity to the students to experience the real working environment so that they can relate theoretical knowledge with application in the industry.

The students will develop skills in work ethics, communication, management and working in a team.

The students are required to undergo industrial training for a minimum period of 10 weeks at the relevant industry or government body, locally in Malaysia for inbound industrial training or internationally for outbound industrial training.

As for the academic session 2016/2017, a total of 25 students from Civil, Electrical and Electronics, Chemical, Mechanical, and Electronics (Computer) Engineering Programme, FKJ, UMS, had conducted their outbound industrial training at various relevant companies in South Korea and Japan.

The students come from different backgrounds, including six Sabahan. Previously, several students received job offer to work in South Korea through the industrial training. Positive feedbacks were also received from the industrial training supervisors through their evaluation and students through their experience sharing session.

This effort was also praised and received good comments from Engineering Accreditation Council (EAC), Malaysia, during their visit to review our Mechanical Engineering Programme in 2016.

Continuation from the past successful event, a total number of 35 students from Civil, Electrical and Electronics, Chemical, Mechanical, and Electronics (Computer) Engineering Programme will undergo their outbound industrial training for the academic session 2017 / 2018, a positive increment in the number of student than the previous session.

Out of this number, 26 students will be attached in South Korea which Professor Dr. Seock-Sam Kim has assisted their placement process, and nine (9) students will be in China which the attachment procedure was arranged by Dr. Kenneth Teo Tze Kin. These include 13 Sabahans and 19 students in the category of bottom 40% household income (B40).

For the students who are going to South Korea, their placement of attachment is mainly at various distinguished companies at Daegu.

In China, the student’s placement is at Beijing and Fujian. Their industrial training starts since 25 June 2018. Furthermore, the outbound industrial training of FKJ, UMS students is also supported in procedure-wise and financially by UMS Centre for Industry and Community Network, and Center for Internationalization and Global Engagement.

Through this outbound industrial training, the students of FKJ, UMS will be exposed to new and advanced working environment in developed countries. This will also boost up their confidence and enthusiasm, particularly in engineering fields.

They will have the opportunity to experience cultural exchange, to absorb the fast, efficient, and effective working style, and to apply their knowledge in real international working industry. Consequently, through the outbound industrial training, the employability of students can be improved and reliable future engineer can be produced.

 

 

JUMAAT, 6 JULAI - Satu sambutan Hari Raya Aidilfitri diadakan bersama oleh Pusat Pengurusan EcoCampus, Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pusat Pelaburan dan Endowmen serta Pusat Pengurusan Data dan Maklumat hari ini di Kafe D'Sireh, Bangunan Canselori.

Selain menyemarakkan lagi bulan Syawal yang mulia ini, ia juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama kakitangan.

Sambutan itu juga menunjukkan satu kelainan apabila semua mereka bersama-sama menggunakan bekas makanan sendiri yang boleh diguna semula bagi mengurangkan penggunaan piring kertas dan polistirena yang tidak mesra alam sebagai tanda sokongan terhadap agenda EcoCampus UMS.

Ia dilihat mampu mendorong para pentadbir dan kakitangan keempat-empat pusat untuk meneruskan amalan baik ini serta memotivasi jabatan, fakulti, pusat, institut dan unit lain untuk berbuat demikian pada masa hadapan.

Hadir sama pegawai-pegawai kanan keempat-empat pusat berkenaan.

 

 

RABU, 4 JULAI – Pusat Minda Lestari (PML) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mewujudkan sebuah Taman Mini Kreatif sebagai salah satu inisiatif untuk mengindahkan persekitaran persekolahan di kawasan PML UMS.

Pengarah PML, Aidah Noordin berkata, ini adalah bagi mewujudkan suasana ceria di kawasan PML yang akan mendorong kepada peningkatan emosi kanak-kanak, selain sebagai satu kawasan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di PML.

“Taman Mini yang direalisasikan dengan kekuatan 40 kakitangan PML ini juga satu usaha memupuk sikap saling bekerjasama dalam kalangan kakitangan PML serta menjadikan mereka lebih kreatif dan inovatif, selain turut menyokong agenda UMS sebagai universiti eco campus dan menyokong kepada program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) universiti.

“Taman ini menerapkan nilai 5R sebagai langkah menyokong usaha eco campus iaitu Reuse, Reduce, Recycle, Respect dan Re-decorate, dengan hiasan yang dibuat menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti botol plastik dan barang permainan kanak-kanak bagi mengurangkan timbunan sampah sarap di kawasan pembuangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Taman Mini Kreatif PML.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dalam ucapan perasmiannya berkata, Taman Mini Kreatif PML itu merupakan cetusan idea kreatif yang mampu menambah nilai output serta membawa transformasi kepada pengajaran dan pembelajaran sedia ada.

“Projek ini merupakan salah satu contoh yang baik bagi menyahut seruan pengurusan UMS menggalakkan penglibatan dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UMS.

“Bagi memastikan kelestarian taman ini, saya menyeru pihak PML terus memelihara dan menjaga kecantikan serta keunikan taman dengan menerapkan konsep 3M iaitu mesra pengguna, mesra pelancong dan mesra alam sebagai kayu ukur dalam menilai kejayaan transformasi PML,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan Penolong Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Marcus Jopony.

Prof. Datuk Dr. Kamarudian menambah, Taman Mini Kreatif PML suatu hari nanti akan menjadi antara destinasi yang wajib dikunjungi oleh pelancong-pelancong yang datang ke UMS.

Hadir sama pada majlis itu Pendaftar UMS, No’man Ahmad; Ketua Pustakawan UMS, Dayang Rukiah Ag. Amit; dan Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) PML, Hasan Aris.