SELASA, 13 NOVEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan Institut Sains dan Teknologi Imus, Filipina dalam satu majlis yang berlangsung di UMS, kelmarin.
Pemeteraian MoU bersama ICRC antara lain bertujuan untuk membangunkan subjek Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa sebagai bidang pengajian penting di UMS.
Di peringkat universiti ini, kerjasama rapat antara ICRC dan program Hubungan Antarabangsa, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) diadakan sejak lima tahun lalu dalam subjek tersebut dengan menggalakkan lebih ramai pelajar terlibat dalam bidang kerja kemanusiaan.
Pada majlis menandatangani MoU, UMS diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dan Pemangku Pendaftar, Aidah Noordin, manakala ICRC diwakili Ketua Delegasi Serantau, Biljana Milosovic dan Dominic Urban.
Sementara itu, MoU antara UMS dengan Institut Sains dan Teknologi Imus Filipina pula akan merangkumi kerjasama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, pertukaran pensyarah dan kakitangan, program latihan dan penyeliaan, serta program-program penyelidikan termasuk bidang-bidang lain yang berkaitan.
Dalam upacara menandatangani dokumen MoU, Imus diwakili Ketua Pegawai Operasi, Arch. Encarnacion N. Raralio PhD.
Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FKSW UMS, Dr. Marsitah Mohd. Radzi, Ketua Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan UMS, Prof. Dr. Rosazman Hussin dan Ketua Program Hubungan Antarabangsa FKSW, Diana Peters.



SELASA, 06 NOVEMBER - Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah menganjurkan Kejohanan Golf Amal Konvo 2018 di Nexus Golf Resort, Karambunai baru-baru ini.
ISNIN, 05 NOVEMBER - Seramai 45 pelajar dan 25 kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) memulakan ekspedisi Rentas Sempadan Borneo 2018 (RSB’18) hari ini.
ISNIN, 05 NOVEMBER - Kelaziman obesiti dalam kalangan masyarakat adalah tinggi iaitu melebihi 30% pada wanita dan lelaki dewasa.
ISNIN, 05 NOVEMBER – Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) meraikan 30 mahasiswa UMS daripada kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) pada pada Majlis Makan Malam Amal KESUMBA 2018 di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu pada Sabtu.