KHAMIS, 27 DISEMBER - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Pusat Pengajian Pascasiswazah (PPPS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama-sama dengan Persatuan Pelajar Pascasiswazah UMS serta wakil-wakil pelajar pascasiswazah dari lapan buah fakulti buat julung kalinya menjayakan sesi UMS Speakers Corner pelajar-pelajar pascasiswazah di Ruang Legar PPPS baru-baru ini.
Menurut Timbalan Dekan Kebajikan Pelajar PPPS, Dr. Jakaria Dasan, program tersebut diadakan sebagai menyahut kepada saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mewujudkan satu ruang terbuka kepada para pelajar di universiti mengutarakan pendapat mereka ke atas apa-apa isu berbangkit yang boleh memperkemaskan lagi pentadbiran pelajar di universiti, khususnya yang melibatkan hal-ehwal pelajar pascasiswazah.
“Diskusi terbuka yang dianjurkan bersama dengan PPPS ini bukan semata-mata bertujuan untuk mengumpul pandangan, komentar dan cadangan daripada pelajar pascasiswazah UMS tetapi juga untuk membudayakan satu sesi interaktif dua hala yang terbuka di antara pelajar dan pentadbir di universiti.
“Platform Speakers Corner ini mampu menjelaskan dengan lebih tepat dan telus mengenai urusan pengajian pascasiswazah di UMS,” katanya.
Terdahulu, wakil MPP Pascasiswazah, Janipal Alipal ketika mempengerusikan program tersebut menjelaskan bahawa pelaksanaan Speaker Corner ini adalah rentetan kepada inisiatif KPM itu sendiri berhubung dengan penambahbaikan kepada AUKU dalam perihal kebebasan menyuarakan pendapat yakni ‘menganjurkan perhimpunan’ yang melibatkan lebih daripada lima orang dalam Seksyen 9(1) Bahagian ke-2 Tatatertib Am Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, P.U.(A) 210 AUKU 1971.
“Speaker Corner ini adalah medium interaksi antara mahasiswa yang bersifat mempermudahkan, justeru segala isu yang diajukan oleh wakil-wakil pelajar pascasiswazah akan dicatat oleh MPP Pasca dan dikemukakan secara bertulis kepada pihak pengurusan yang berkenaan.
“Bagi isu-isu yang berkaitan dengan PPPS pula akan diberi maklum balas secara langsung oleh dua orang wakil pengurusan PPPS yang menjadi panel kali ini,” katanya.
Seramai 24 orang pelajar yang mewakili rakan-rakan mereka di lapan Fakulti berpeluang mengajukan dan sekali gus membahaskan beberapa isu yang memerlukan perhatian pihak pentadbir universiti.
Turut hadir Timbalan Pendaftar PPPS, Sirahim Abdullah.
Sumber: Dr. Jakaria Dasan, Timbalan Dekan Kebajikan Pelajar, Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS



ISNIN, 24 DISEMBER - Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS mengambil inisiatif meningkatkan kelancaran pengajian doktor falsafah dan sarjananya dengan menganjurkan Kolokium Pascasiswazah FPEP 2018 baru-baru ini.
ISNIN, 24 DISEMBER – Lebih 700 warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) termasuk pelajar antarabangsa UMS melaksanakan solat hajat secara berjemaah bersempena dengan Program Solat Hajat Imtihan Perdana dan Majlis Makan Malam Bersama Pelajar Antarabangsa 2018 di Masjid UMS baru-baru ini.
FRIDAY, 21 DECEMBER - A group of 12 civil engineering final year students of Faculty of Engineering, University Malaysia Sabah (UMS) have been engaged with the community of Kg. Singgaron Baru, Ranau for water security and quality improvement using Biosand Water Filter recently.
JUMAAT, 21 DISEMBER - Hasil perjanjian kerjasama penerbitan yang telah dimeterai antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) awal tahun ini telah berjaya menerbitkan Buku Realiti Berperantara yang berjudul ‘Gergasi dan Penghuni Rumah Panjang’ dan yang pertama seumpamanya di Malaysia.