ISNIN, 23 JANUARI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan satu seminar mengenai Pemetaan Sumber Kebudayaan Pelancongan di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) baru-baru ini.

Seminar itu yang dianjurkan oleh Program Pengurusan Pelancongan dan Unit Pembangunan Pelancongan BIMP-EAGA, telah dirasmikan oleh Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Pejabat Sabah), Ag Ahmad Zaki Abu Bakar.

Ahmad Zaki memuji UMS untuk sentiasa menganjurkan wacana akademik mengenai pelancongan.

"Industri pelancongan sentiasa membangunkan produk dan jejak pelancongan baru untuk menggalakkan lebih ramai pelancong menjelajah kawasan di Sabah serta dapat menyumbang kepada pembangunan tempatan.

"Ini juga akan mengurangkan sedikit tekanan dari kawasan pelancongan massa seperti Kota Kinabalu dan sekitarnya, dengan itu memastikan kemampanan dalam sektor pelancongan di negeri ini," katanya.

Seminar tersebut dikendalikan tiga penceramah jemputan iaitu Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul dan Dr. Oliver Valentine Boy dari UMS, serta Dr. Spencer Hedley Mogindol dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ceramah mereka meneroka konsep dan kaedah pemetaan sumber kebudayaan, khususnya kaedah Cultural Route Evaluation Model (CREAM), yang akan dilaksanakan oleh sekumpulan penyelidik di Kota Belud dan Kudat pada tahun ini.

Majlis penutupannnya disempurnakan Ketua Unit Pembangunan Pelancongan BIMP-EAGA, Prof. Dr. Jennifer Chan Kim Lian.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan daripada semua pihak yang terlibat didalam menganjurkan seminar itu yang dilihat mampu menggalakkan lebih ramai lagi penyelidik untuk menganjurkan wacana akademik pada masa hadapan.

Sumber: Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan

KHAMIS, 19 JANUARI – Akuarium dan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencatatkan 41,561 kehadiran pengunjung  sepanjang tahun 2016.

Menurut kurator muzium, Flora Anne Asalin, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan seramai 2,532 pelawat berbanding 39,029 orang pada tahun lalu.

“Daripada jumlah tersebut, 34,044 adalah pelawat warganegara,  5,002 pelawat antarabangsa  dan selebihnya adalah tetamu rasmi universiti, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga UMS sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar beliau, peningkatan kehadiran pelawat itu juga menunjukkan Akuarium dan Muzium Marin UMS terus menjadi pilihan sebagai salah satu destinasi pelancongan apabila berada di Kota Kinabalu.

“Pihak muzium juga berjaya menjana kewangan sebanyak RM339,040 berbanding RM177,772.49  pada tahun lalu melalui bayaran masuk yang dikenakan kepada setiap pelawat,” tambah Flora lagi.

Muzium yang dikendalikan di bawah Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) itu dibuka kepada orang ramai pada setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Tiket masuk bagi orang dewasa warganegara Malaysia ialah RM10, manakala kanak-kanak dan pelajar berumur empat hingga 17 tahun serta warga emas hanya dikenakan bayaran RM5.

Bagi pengunjung warganegara asing, tiket masuk ialah RM20 bagi orang dewasa, manakala kanak-kanak, pelajar dan warga emas RM10.

 

RABU, 18 JANUARI – Kira-kira 500 kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghadiri Ceramah Pendidikan Tinggi yang diadakan di Dewan Resital hari ini.

Ceramah yang bertajuk “The Concept of University: Beyond Ranking” disampaikan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Dalam ceramahnya beliau telah menceritakan beberapa institusi yang kukuh pada masa yang lalu dan kini melalui corak pentadbiran dan pendidikan yang diamalkan.

Beliau turut menyentuh tentang tokoh-tokoh masa silam dan bagaimana mereka membawa organisasi untuk terus maju ke hadapan sekali gus mengaitkan perkara tersebut dengan hala tuju universiti awam pada masa kini.

Hadir sama pada ceramah itu Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah; Pendaftar, No'man Hj. Ahmad serta Pegawai-pegawai Utama dan Kanan universiti.

 

Foto: Ernest Berinus

FRIDAY, 13 JANUARY - American Rock Cello band, Break of Reality was in the UMS Library Auditorium, yesterday for Meet and Greet program.

It is a program that allows audience to interact with the band, autographs and selfies. Audience also has the opportunity to watch a performance from the band.

Meet and Greet program is hosted by American Corner, UMS Library in collaboration with US Embassy, Public Affairs Section.

Break of Reality (New York) formed in 2003 at the prestigious Eastman School of Music in Rochester, NY.  During school breaks, the band would travel to New York City, where it performed its original music alongside covers of popular rock songs in subway stations and parks.

Break of Reality also has highly successful social media channels with 100,000 Facebook fans and 5 million views on YouTube of their cover of ‘Game of Thrones.’ 

They also toured with the American Music Abroad 2014-2015 Season. Performance highlights from last few seasons include a month long music education bus tour around the U.S., a sold-out tour of Alaska, direct support for the well-known rock band Cake at Worldfest in California, and featured showcases at the SXSW festival in Austin, Texas. 

Break of Reality has also written and performed original music featured in national television programs, including Dateline NBC and America’s Investigative Reports on PBS (which went on to win an Emmy). 

Rolling Stone, Billboard, and Forbes Magazine have featured Break of Reality in recent articles regarding internet radio, a medium that produces over 20 million streams a year for the band.

 

RABU, 11 JANUARI – Bengkel Pemantapan E-prints anjuran Pasukan Pelaksana Webometrik Universiti Malaysia Sabah (UMS) berakhir hari ini di UMS.

Bengkel itu disertai lapan peserta yang juga pelaksana webometrik UMS dari Perpustakaan serta Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan penganjur, ia diadakan bertujuan untuk memperbaiki perkhidmatan UMS Institutional Repository (IR) bagi memenuhi keperluan pengguna dan meningkatkan prestasi universiti dalam ranking webometrik. 

Menurut kenyataan itu lagi, bengkel tersebut melibatkan perkongsian amalan terbaik pengurusan sistem dan maklumat merangkumi penyelenggaraan secara praktikal (hands-on) sistem dan pengurusan operasi sistem.

Bengkel selama dua hari itu, telah dijayakan bersama oleh Haji Shaiful Yazam dan Muizzudin dari Pepustakaan Tun Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Untuk rekod, penganjuran bengkel berkenaan merupakan hasil perbincangkan semasa lawatan kerja penanda arasan keperluan ranking UMS ke UPM sebelum ini. 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.