KHAMIS, 3 MEI – Sambutan Pesta Tiong Hua Peringkat Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kali Ke-7 yang berlangsung di Dewan Hakka, Kota Kinabalu baru-baru ini meriah dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung terdiri daripada warga pelajar dan kakitangan UMS serta masyarakat luar.
Ketua Pengarah Sambutan Pesta Tiong Hua UMS, Lew Zhei Wen berkata, penganjuran sambutan pada malam tersebut bertujuan untuk mempromosikan kebudayaan tradisi Cina kepada masyarakat di seluruh negara.
“Sambutan ini juga adalah bagi mewujudkan pengetahuan mengenai kebudayaan masa lampau masyarakat Cina.
“Ini sekali gus menyokong usaha memelihara kebudayaan Cina serta membolehkan generasi masa depan meneruskan kesinambungannya,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Dr. Shahril Yusof ketika berucap merasmikan sambutan tersebut berkata, penganjuran Pesta Tiong Hua mampu mengetengahkan keunikan identiti dan kebudayaan masyarakat Cina serta menggalakkan pemahaman lebih mendalam terhadap warisan dan tradisi masyarakat Cina.
“Usaha memelihara kebudayaan adalah amat penting agar tradisi warisan ini tidak hilang dan dilupai, serta mampu diwarisi oleh generasi masa kini dan masa hadapan.
“Penganjuran program ini juga memberi pendedahan yang baik kepada pelajar dan memberi nilai tambah dalam mengasah kemahiran-kemahiran tertentu dalam penganjuran sesuatu majlis,” ujar beliau.
Pelbagai persembahan kebudayaan dipertontonkan kepada pengunjung yang hadir antaranya persembahan tarian singa, tarian moden dan kontemporari, nyanyian, sketsa, alunan instrumen dan muzik tradisional.
Turut hadir pada majlis itu, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, Ahmadi Nurdin dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UMS, Jusman Nali.



KHAMIS, 3 MEI - Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah mengadakan Kolokium Pendidikan STEM Zon Sabah 2018 di Dewan Kuliah Pusat ke-2, UMS baru-baru ini.
JUMAAT, 27 APRIL – Seramai 167 peserta menyertai Kursus Pra Perkahwinan anjuran Exco Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Kolej Kediaman Excellent (KKE), Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.
JUMAAT, 27 APRIL: Pelbagai aktiviti diadakan sempena Minggu Penghayatan Islam (MPI) anjuran Kelab Rakan Masjid (KRM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berlangsung di Dewan Resital baru-baru ini.
KHAMIS, 26 APRIL – Majlis Perutusan Dekan dan Sidang Fakulti 2018 Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah (UMS) berlangsung dengan jayanya di Theatrette Ahmad Nisfu FKSW baru-baru ini.