- Jumlah paparan: 2590
Syarahan Perdana Prof. Dr. Vincent Pang Kupas Isu Penilaian Kurikulum Di Malaysia
ISNIN, 7 JANUARI – Syarahan Perdana oleh Pengarah Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Kualiti Akademik (PKPKA) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Vincent Pang Ah Fook yang berlangsung di Dewan Bankuasi, UMS baru-baru ini mengupas isu-isu berkaitan penilaian kurikulum yang diamalkan oleh institusi pendidikan di Malaysia.
Menurut Prof. Dr. Vincent Pang, penilaian kurikulum adalah antara penyelidikan yang popular dalam bidang pendidikan di Malaysia, dan sememangnya terdapat cabaran berkaitan amalan penilaian kurikulum yang memerlukan perhatian.
“Antara cabaran tersebut adalah berkaitan isu etika yang tidak banyak dimasukkan dalam pelaporan penilaian kurikulum, selain kebanyakan kajian penilaian tersebut dilaksanakan tanpa mengikut piawaian yang ditetapkan dalam penilaian kurikulum.
“Dan walaupun kajian penilaian ini telah menghasilkan penemuan untuk pertimbangan spesifik, keputusan, penambahbaikan atau penyelesaian masalah berkaitan kurikulum, namun segala pertimbangan dan keputusan tersebut tidak diketahui statusnya apabila melibatkan proses pelaksanaan dan pembuatan dasar,” katanya di hadapan lebih 500 hadirin ketika menyampaikan syarahan tersebut.
Tambahnya lagi, segala perancangan berkaitan kurikulum seperti yang digariskan dalam Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia hanya akan berhasil melalui penilaian kurikulum atau penilaian program dalam perancangan tersebut.
“Untuk itu, bagi memastikan segala keputusan berkaitan perkara tersebut dapat dilakukan dengan tepat dan mampan, penilaian kurikulum perlu dilakukan bagi menyokong keputusan berasaskan bukti di setiap program, fakulti dan institusi,” ujar beliau.
Pada majlis tersebut, turut diadakan penyerahan buku “Penilaian Kurikulum Di Malaysia: Aspirasi Dan Realiti” oleh Prof. Dr. Vincent Pang kepada Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin.
Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, K Y Mustafa; Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datuk Dr. Christina Rundi; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Mail; dan Penolong Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Marcus Jopony.



MONDAY, 31 DECEMBER - According to the Ethnologue, 7,097 languages are spoken in the world today, but that number is always in flux depending on the survival of each language as “roughly a third of the languages are endangered”. 2018 has been a great year for languages and linguistics for RULLS specifically and for UMS in general. Since starting its operation on 1 Feb 2018, RULLS has worked to spread the message that UMS is on point to state that this university is relevant and a reference in the niche areas of languages and linguistic. Hence, it was apt that RULLS conducted its first workshop on the eve of the 2nd International Conference on Languages, Linguistics, and Society on 7 Nov 2018 with the title ‘Language Revitalization and Documentation’. The 1-day workshop was led by renowned linguist, Emeritus Professor Dr. James T. Collins, from the Institute of Ethnic Studies (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia.
JUMAAT, 28 DISEMBER – Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah memeterai satu perjanjian kerjasama berkaitan bidang penyelidikan dan akademik bersama Universitas Yarsi, Indonesia.
JUMAAT, 27 DISEMBER - Seramai 112 kakitangan Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) telah menjayakan aktiviti Team Building FSSA yang bertempat di Foyer Kompleks Perhutanan, FSSA baru-baru ini.
KHAMIS, 27 DISEMBER - Seramai 24 pelajar tahun empat Program Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah terlibat dalam melaksanakan Projek “ Ceramic Water Filter (CWF) – Tagasan Jaya” di Kampung Tagasan Jaya, Semporna baru-baru ini.