RABU, 19 SEPTEMBER - Seramai 95 peserta menyertai Seminar Kelestarian 2018: Ke Arah Masyarakat Lestari yang dianjurkan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia; Tokushima University, Jepun; dan José Rizal University, Filipina kelmarin.
Seminar dengan kerjasama Jurnal Pembangunan Wilayah BIMP-EAGA itu berlangsung selama sehari di Hotelab FPEP.
Pengerusi penganjur, Profesor Madya Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul berkata, penganjuran Seminar Kelestarian 2018 antara lain diadakan sebagai wacana akademik bagi isu kemampanan yang merupakan isu global pada masa kini.
“Sebanyak tiga ucap utama dan 22 kertas kerja ilmiah dari pelbagai jabatan dari ketiga-tiga universiti di Malaysia, Jepun dan Filipina dibentangkan pada seminar ini.
“Kertas kerja yang dibentangkan antara lain meliputi bidang kelestarian yang terikat dengan isu seperti kemiskinan, reka bentuk sosial, pengkomersialan, penyertaan masyarakat, pendidikan dan kehidupan,” katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya pada seminar tersebut.
Dr. Awangku Hassanal berkata, seminar itu juga menghubungkan idea dan hasil penyelidikan antara bidang sains dan kemanusiaan terutamanya dalam aplikasi dan pembangunan kelestarian kepada masyarakat secara menyeluruh.
“Kesemua kertas kerja dari seminar ini akan diterbitkan dalam Jurnal Pembangunan Wilayah BIMP-EAGA,” ujarnya lagi.
Seminar kali ke-4 itu dirasmikan Timbalan Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Dr. Kamisan Pusiran.



SELASA, 18 SEPTEMBER - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan seminar mengenai Analisis Mikrodata Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia.
SELASA, 18 SEPTEMBER – Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Sesi Dialog Hubungan Antarabangsa dan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) bagi sesi 2018/2019 di Auditorium Pusat Pascasiswazah, baru-baru ini.
SELASA, 18 SEPTEMBER – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) berhasrat untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada masa akan datang.
JUMAAT, 14 SEPTEMBER - Persidangan Jubli Emas Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia Pasifik (APACH) diharap mampu menjadi pemangkin bagi pengurusan yang lebih baik dalam cabaran kesihatan awam di rantau ini.